Rindu Beraksi Atas Pentas, The PussyCat Dolls Kembali Selepas 9 Tahun!

Yes! The PussyCat Dolls are back! 

Kumpulan popular yang pernah menjadi kegilaan remaja menerusi lagu hits Button dan Dont Cha pada tahun 2005 ini bakal kembali menggegarkan industri hiburan!

Khabar gembira ini telah dikongsikan oleh salah seorang anggota kumpulan ini iaitu,  Nicole Scherzinger menerusi  laman media sosial Instagram miliknya yang mengumumkan kumpulan sensasi itu bakal beraksi semula untuk menghiburkan peminat yang telah lama menanti mereka selama hampir 9 tahun. 

 

Sumber: www.bbc.com.my

 

Namun begitu, untuk comeback kali ini, salah seorang anggota mereka iaitu Melody Thornton tidak terlibat dalam jelajah reunion di UK dan akan diteruskan dengan 5 orang ahli sahaja iaitu Nicole Scherzinger, Ashley Roberts, Kimberly Wyatt, Carmit Bachar dan Jessica Sutta.

“Pertama sekali, saya mengharapkan kelainan kerana kami semua sudah berubah. Sudah 10 tahun kami berpecah dan kini tiba masa untuk masing-masing kembali dan berikan bakat yang kami ada buatkumpulan ini. Saya sangat teruja dan tidak sabar untuk lihat kumpulan ini kembali bersinar dan saling menyokong antara satu sama lain,” ujar Nicole Scherzinger.

 

Terdahulu, pelbagi spekulasi timbul mengaitkan perpecahan kumpulan ini dan salah satunya mengatakan anggota The Pussycat Dolls yang lain tidak senang dengan layanan istimewa yang diterima penyanyi utama mereka, Nicole.

The Pussycat Dolls bakal menggegarkan jelajah reunion di UK pada April 2020! Kalau korang antara die hard fans kumpulan ini, jangan lupa untuk grab tiket jelajah konsert yang akan mula dijual pada Ahad ini, jam 10 pagi!

Syafiqa Irdina