Risau Anak-Anak Kurang Kasih Sayang, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Tak Rancang Tambah Zuriat – “Syukur Ada 4, Kalau Lebih Tu Bonus”

Pelakon, Aeril Zafrel mengakui belum merancang untuk menambah cahaya mata dan bersyukur mempunyai empat orang anak bersama aktres jelita, Wawa Zainal.

“Saya rasa nak berehat dulu. Kalau ikutkan empat orang anak itupun sudah cukup. Alhamdulillah saya dan Wawa dikurniakan dua anak lelaki dan dua anak perempuan.

“Kalau ada lebih itu bonus. Tapi sekarang ni rasa penat membesar dan menjaga anak bongsu itu pun tak hilang lagi. Mungkin kalau kami mahu tambah zuriat pun lepas empat tahun, Insya-Allah.

“Pada saya bila anak-anak terlampau cepat membesar saya dan Wawa risau kalau terhutang kasih sayang atau tak cukup beri perhatian sepenuhnya kepada mereka terutamanya yang bongsu,” katanya ketika ditemui di Sri Pentas baru-baru ini.

Berkongsi mengenai drama terbaharunya, Serpihan Sayang TV3, Aeril mengakui gementar selepas dua tahun berehat dalam industri lakonan.

“Cabaran untuk drama ini paling utama saya dah lama tak berlakon. Selepas dua tahun ini adalah drama pertama saya. Saya perlu belajar semula dari segi teknik berlakon, menghafal skrip.

“Cabaran untuk watak ini bukan sahaja sebab saya dah lama tak berlakon, tapi juga karakter psiko yang saya perlu bawa. Ada setengah babak susah sebab dialognya panjang,” katanya.

Disoal punca dia menerima tugasan lakonan ini selepas dua tahun, Aeril mengakui dia mula rindu untuk aktif berlakon semula.

“Pertama kali saya rindu untuk berlakon dan karya sangat menarik. Direktor untuk drama Serpihan Kasih ini tersenarai dalam individu yang saya nak bekerjsama dan antaranya sebab drama ini disiarkan dalam slot Samarinda TV3,” jelasnya.

Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, dua tahun dan  Muhammad Fahri, setahun.

Aqilah Paharuzi