Risteena Sebak Dipermudah Urusan Sentuh Kaabah Tanpa Perlu Tolak Menolak – “Alhamdulillah, Dapat Pegang Lama”

Pelakon, Risteena meluahkan rasa sebak apabila ibadah Umrahnya dipermudah oleh Yang Maha Esa terutamanya ketika diberi peluang untuk menyentuh Kaabah tanpa perlu tolak menolak.

Menerusi perkongsian di Instagram, kakak kepada pelakon sensasi Ruhainies ini memuat naik sebuah video dirinya sedang menyentuh Kaabah.

“Mula-mula fikir boleh ke nak pergi sentuh Kaabah dengan keadaan terlalu ramai orang.

“Sorang-sorang pula tu. Masa ni doa dalam hati untuk Allah mudahkan.

“Alhamdulillah, tanpa perlu tolak mudah je sampai ke depan, dapat masa lama di situ sorang-sorang.

“Allahuakbar, mudahnya,” tulisnya.

Dalam hantaran di IGs lain, Risteena berharap agar dia dapat kembali ke Tanah Suci Kota Makkah suatu hari nanti.

“Akan merindui Makkah. Balik Kuala Lumpur selesaikan kerja sekejap kemudian datang semula.

“Jemput aku menjadi tetamu Mu lagi Ya Allah,” tulisnya.

Sebelum ini, nama RIsteena turut teruk dikecam netizen yang mempertahankan isu kontroversi melanda adiknya, Ruhainies yang ditangkap khalwat bersama aktor Aliff Aziz pada 9 Mac lalu.

Artikel Berkaitan: “JAWI Sampai Jam 11 Malam, Bukan 3 Pagi” – Dedah Bukti Mesej Dengan Ruhainies, Risteena Harap Netizen Tak Terus Menghukum

Artikel Berkaitan: “If Only People Know What We Know” – Muat Naik Quote Soal Aib, Risteena Kongsi Semula ‘Posting’ Lama Ibu Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Promosi Produk Bersama Risteena, Ramai Nak Boikot Aliff Syukri? – “Sakit Mata Memandang”

Aqilah Paharuzi