Isu Jumlah Duit Raya Dipertikai Segelintir Pihak, Diana Danielle Luah Pendapat – “Itu Sedekah Ikut Kemampuan”

Pelakon jelita, Diana Danielle tampil bersuara mengenai isu jumlah duit raya yang heboh di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi satu ciapan di platform X, isteri kepada aktor Farid Kamil ini berkata duit raya adalah sedekah yang diberi mengikut kemampuan seseorang manusia.

Aktres filem popular Imaginur ini meluahkan rasa berang apabila ada segelintir pihak yang menganggap jumlah duit raya sikit itu tidak berbaloi.

“Sekarang ni orang tak faham ke duit raya tu bukan wajib tapi salah satu sedekah yang mengikut keikhlasan dan kemampuan seseorang itu.

“Seringgit ke seratus ke enjoy je la the festive gesture, nak rasa entitled dan judge sangat dah kenapa.

“Sampai kata kalau banyak ni baik tak perlu bagi, apa ingat nafkah ke?,” katanya.

Dalam pada itu, Diana sempat berkongsi momen hatinya berbunga apabila menerima duit raya daripada pakcik saudaranya.

“Relax la saya pun dapat duit raya RM10 dari pakcik, rasa berbunga sangat sebab lama tak dapat duit raya.

“Enjoy je, faham tak? Ni kerja tak puas hati je manjang,” tulisnya.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung satu ciapan individu tidak berpuas hati menerima duit raya berjumlah RM1 meskipun beraya di rumah mewah.

Artikel Berkaitan: Isu Bahagi Bayar Komitmen Antara Pasangan, Diana Danielle Sifatkan Kehidupan Isteri Akan Dipermudah Sekiranya Bantu Suami – “Jangan Keras Hati”

Aqilah Paharuzi