Categories: SelebritiTrending

Tegur Haram Guna Duit Raya Anak! Fatin Afeefa Kesal Ada Ibu Bapa Label Pemberi Duit Raya Kedekut

Pelakon dan usahawan, Fatin Afeefa tampil memberi teguran terhadap segelintir ibu bapa berkenaan duit raya anak-anak.

Menerusi hantarannya di Instagram Stories, dia turut membidas mengenai kenyataan yang dikeluarkan sesetengah ibu bapa yang menganggap individu yang memberi duit raya dalam jumlah kecil dilabel sebagai kedekut.

Malah, Fatin turut mengingatkan kepada ibu bapa di luar sana bahawa menggunakan duit raya anak-anak hukumnya adalah haram.

“Friendly reminder; untuk beli barang keperluan seperti diaper, susu, barang sekolah, tukar sportrim, servis kereta, isi minyak atau apa apa lah haram guna duit raya anak. sekian terima kasih.

“To parents yang mengeluh ramai kedekut bagi duit raya seringgit, have some dignity. beggers cant be choosers. much love,” tulisnya.

Pada hantaran lain, Fatin juga meluahkan rasa sakit hati apabila ada ibu bapa bersikap sedemikian.

“No hate cuma sakit hati tengok mak pak takdak common sense update anak dapat duit raya seringgit je. dok kutuk orang kedekut la apa la. tak malu ka? hang la bagi duit kat anak hang patutnya. gila.,” tempelaknya lagi.

Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Sindir ‘Geng Tolak Stroller’ Ke Bazar Ramadan – “Biarlah Anak Kecil Tu Bersesak, Berpeluh, Terdedah Dengan Virus, Asap…”

Artikel Berkaitan: Beri Hadiah LV, Fatin Afeefa Harap Suami Tak Kahwin Lain – “Jadi Aliff Awang, Bukan Aliff…”

Atiqah Johari