Cover Lagu Bersama, Renungan Nazim Othman Pada Daniesh Suffian Pula Cetus Spekulasi… Ini Respons Tuan Badan

Pelakon, Nazim Othman berkongsi sebuah video menyanyikan sebuah lagu cover ‘Back At One’ nyanyian asal Brian Mcknight bersama penyanyi, Daniesh Suffian.

Video pendek yang dikongsi menerusi platform TikTok itu mendapat respons ramai pihak yang tertumpu kepada renungan Nazim kepada Daniesh ketika menyanyikan lagu tersebut.

Malah, rata-rata netizen menganggap renungan tersebut seakan mencetuskan spekulasi dalam hubungan mereka berdua.

“Best voice, couple ke mereka ni?,” tulis netizen.

“The way Nazim look at Daniesh tells everything. Paham-paham sendiri,” kata netizen lain.

“Cara tenung tu membuatkan spekulasi orang lain…,” kata netizen.

Tidak berdiam diri, aktor drama popular Wanita Syurga ini tampil membidas komen-komen negatif tersebut yang menganggap dirinya mempunyai ‘hubungan’ bersama Daniesh.

Kekal tenang berdepan isu negatif, Nazim bagaimanapun membalas komen-komen netizen itu dalam nada sinis.

“Of course terkesima tengok Daniesh. Dah la hensem, baik, berbakat dan rajin.. Tak macam awam yang totally opposite.

“Jeles la tu tak dapat tenung Daniesh depan-depan,” tulisnya.


Sebelum ini, Nazim pernah bersuara mengenai dakwaan status dirinya yang dikritik kaum Nabi Luth ataupun ‘gay’.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dikaitkan Dengan Kaum Nabi Luth, Nazim Othman Sarkastik Bidas Komen Individu Mulut Celupar – “Apa Kepentingan Nak Tahu Seksualiti Aku Ni?”

Jangan lupa saksikan drama Wanita Syurga di TV3 atau strim secara langsung menerusi aplikasi TonTon.

Selain Nazim, drama Wanita Syurga turut menampilkan pelakon Siti Khadijah Halim, Redza Rosli dan Riena Diana.

Aqilah Paharuzi