Categories: SelebritiTrending

“Kata-Kata ‘Demi Anak-Anak’ Is Pure B*llshit!” – Hantaran Bekas Isteri AC Mizal Cetus Tanda Tanya

Hantaran Instagram bekas model dan pengacara, Shafnie Zainudin yang memuat naik sekeping foto dua anaknya ketika kecil mencetuskan tanda tanya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik itu, Shafnie yang merupakan bekas isteri kepada pengacara terkenal, Datuk AC Mizal turut meninggalkan sebuah pesanan.

Katanya, jika seseorang itu menggunakan anak sebagai alasan untuk lari daripada masalah adalah mengarut.

Jelasnya, jika benar seseorang itu menyayangi dan memikirkan soal anak, maka dia tidak akan membuat hal.

“Trust me… kata-kata ‘demi anak-anak’ is pure bullshit…

“1st and foremost, kalau fikir anak-anak seseorang tu tak akan buat hal… betul ke betul? 😉,” tulisnya sebagai kapsyen.

Bukan itu sahaja, Shafnie juga menyatakan bahawa dia pernah berada di situasi tersebut sebelum ini.

Malah, dia turut meletakkan tanda pagar #beentheredonethat dan #snakewillalwaysbeasnake pada hantarannya itu.

Untuk rekod, Shafnie pernah berkahwin dengan AC Mizal pada 24 Jun 1995 namun sah bercerai pada 17 Oktober 2001.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki.

Pada 2014, Shafnie meninggalkan status ibu tunggal dan dikurniakan seorang puteri yang kini berumur lapan tahun.

Manakala, AC Mizal pula berkahwin dengan pelakon dan bekas model, Datin Emylia Rosnaida dan memiliki sepasang anak bersama.

Artikel Berkaitan: AC Mizal Tak Hadir Majlis Nikah Anak Lelaki, Bekas Isteri Tampil Perjelas Sebab Anak Menangis Di Hari Bahagia

Atiqah Johari