Hiburan By: Del14 October 21, 2019 @ 8:56pm

Minta Maaf Atau Jumpa Di Mahkamah…Rita Rudaini Bagi Amaran!

Geram dengan tuduhan dan komen dari netizen yang dianggap sudah keterlaluan, hari ini, pelakon Rita Rudaini telah membuat laporan polis terhadap pemilik akaun instagram yang telah mempersoalkan status taraf sah kedua-dua anak lelakinya. 

Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini binti Mokhtar (43) sering menjadi sasaran komen berbaur fitnah di instagram dan kebanyakkannya adalah dari akaun palsu.  Walaupun, selalu memberi komen balas terhadap netizen yang bersifat ‘kurang ajar’ di instagramnya, kali ini Rita tidak mahu berdiam diri, apabila anak-anaknya yang menjadi mangsa kecaman.

 
 
 
View this post on Instagram

Jgn fokus kt lawyer sisturr tu ? @syakirinsyazwan …..tp tolong fokus kt kertas yg sisturr pegang tu ek ? …. awas FAKE ACC…bukan susah nk cari ?✌?️

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

“Individu terbabit mempertikaikan anak-anak saya sama ada sah taraf atau tidak.  Itu saya tak boleh terima.  Memang bertujuan memalukan (saya), sangat menghina.

“Berikutan itu, saya meminta pendapat peguam.  Selepas berbincang, kami teruskan untuk ambil tindakan lanjut,” katanya pada sidang media selepas laporan di buat di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 2.30 petang. 

 

 
 
 
View this post on Instagram

Xsabar nk jumpa golongan bijak pandai/ustaz/ustazah/ahli syurga ni…?

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

 

“Entah anak-anak hang (kamu) tu sah taraf ke? Tanya je,” tulis pemilik akaun @ahmadsan81 tersebut. 

Rita yang diwakili peguam, Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan memberi masa 14 hari bagi pemilik akaun tersebut untuk tampil dan bersemuka dengan Rita untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan bukannya menerusi media sosial. 

Selepas kes  pelakon Jasmin Hamid yang mengambil tindakan untuk menyaman netizen yang telah membuli anaknya di laman siber, Rita tidak menyangka masyarakat masih kurang peka dengan tata tertib di media sosial dan menyelar sikap sesetengah individu yang menjadikan artis sebagai tempat melepaskan geram. 

Baca: Jasmin Hamid Saman Warganet Yang Hina Anaknya

Sekiranya tempoh 14 hari telah tamat dan individu berkenaan masih gagal untuk tampil bertemu Rita, mereka akan meneruskan dengan saman sivil.

Terdahulu, Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 dan bercerai 5 tahun kemudian.  Mereka dikurniakan dua anak lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin (10) dan Airit Qaqa Arjuna (8). 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Fri, 22 Mar 2019

#xtraGiveaway: Catch Disney On Ice Mickey’s Super Celebration Swirling into Town!

If you’re lucky you can win free tickets to the show!

Hiburan Sun, 1 Jul 2018

Ed Sheeran Ciplak Lagu Lama?

Saman yang dikemukakan oleh syarikat yang memiliki sebahagian hak cipta lagu itu, Structured Asset Sales, mendakwa lagu Thingking Out Loud dilaporkan sama dengan lagu berjudul Let’s Get It On nyanyian Marvin Gaye.

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Terima Kasih Peminat, Ayda Jebat Terharu!

Single Balada, Pinjamkan Hatiku yang telah dilancarkan setahun lalu kini mendapat tempat dihati peminat. Ayda Jebat akui terharu dengan sokongan peminatnya.

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

HAQIEM RUSLI NAIK SHEIKH?

Walaupun lagu tersebut bernot tinggi itu sedikit sebanyak membantu beliau dalam mencabar dan memperbaiki vokal beliau

Hiburan Tue, 3 Sep 2019

Bila ‘Hantu’ Bawa Tuah kepada Dalimawati

Hantu bukan sebarang hantu ok?

Trending Hari Ini Mon, 25 May 2020

| Live TV

error: Content is protected !!