Hiburan By: Fatin Nurain February 2, 2024 @ 4:15pm

‘Ritma & Rima’ Beri Magis Buat Akim, Stacy Untuk Terus Berkarya

Pasangan penyanyi, Akim dan Stacy kembali dengan single terbaharu mereka yang berjudul, Ritma dan Rima.

Meskipun mempunyai fahaman  muzik yang berbeza, Akim dan Stacy (Hang Nadim dan Bunga Cantik) tetap meneruskan magis dalam lagu duet mereka yang dicerna sehabis baik demi memenuhi selera pendengar.

Menurut Stacy, lagu yang turut menerima sentuhan Freddy itu cukup istimewa kerana dihasilkan dari hati, selain melalui proses rakaman yang sangat teliti.

“Idea tercetus apabila saya mendapat inspirasi melodi korus lagu ini dan kemudian menggarap ilham bersama Akim. Manakala, Freddy pula berperanan sebagai ‘arranger, lagu ini.

“Selepas tampil dengan lagu Aku Kau Dan Muzik, kami memang merancang untuk meneruskan momentum magis yang dicipta menerusi duet pertama kami dan akhirnya bertemu arah tuju bahawa muzik yang menyatukan berbezaan kami.

“Lagu ini bercerita mengenai komunikasi kami dengan alam semesta yang mana liriknya menghubung kait dengan fauna, flora, awan dan semua hidupan yang bergerak mengikut rentak serta irama.

“Kelebihan lagu ini kerana alunan setiap bait melodi mengikut tempo dan ritma alam sekali gus menyuntik elemen segar yang mendorong kita agar lebih menghargai hidupan di sekeliling,” kata Stacy.

Lebih menarik lagi, lagu itu juga diterbitkan syarikat mereka, Rhythm & Rhyme Entertainment (R&R Entertainment).

Tambah Akim, dia dan Stacy tidak sangka hasil karya terbaharu mereka itu memberikan nuansa baharu dalam jalur muzik mereka.

Malah, Akim juga sempat berkongsi proses pembikinana muzik video lagu tersebut yang dijalankan di Sik, Kedah pada tahun lalu.

“Stacy ternampak lokasi penggambaran muzik video ini di Tik Tok yang mana bertepatan dengan konsep dan lirik lagu ini. Perjalanan ke Sik, Kedah mengambil masa enam jam dan hendak mendaki kawasan itu pula sekitar sejam.

“Seawal jam 6 pagi lagi kami sudah berada di lokasi kerana ingin merakamkan momen matahari sedang terbit. Anak-anak pun turut serta dan melihat bagaimana kami bekerja.

“Malah, pengalaman hendak sampai ke puncak pun bukan mudah namun hasilnya sangat memuaskan hati.

“Oleh itu saya berharap lagu dan muzik video ini diterima ramai. Saya juga bersyukur dengan sokongan tanpa henti peminat buat kami berdua,” jelasnya.

Sementara itu, Akim turut mengakui kolaborasi kolaborasi terbaharunya ini membuatkan dia dan isterinya, Stacy lebih selesa untuk bekerjasama sebagai komposer.

“Sejujurnya, keserasian menggandakan keselesaan untuk bekerjasama dengan lebih kerap lagi untuk projek seterusnya apatah lagi kami dapat meluangkan masa bersama.

“Proses buat lagu juga bukan mudah, memerlukan masa untuk mendapatkan idea. Jadi, ada ketika kami akan bercuti dan berkaraoke mencari inspirasi. Apabila dapat idea, kami akan bergabung,” katanya.

Single Ritma Dan Rima boleh didengar dan dilanggan di platform digital muzik, manakala lirik video rasmi lagu boleh ditonton di saluran YouTube Rhythm & Rhyme Entertainment.

Dalam pada itu, muzik video lagu itu juga sudah mencatatkan 67,000 tontonan sejak dilancarkan 18 Januari lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 Jan 2018

GLEE ACTOR MARK SALLING HANGS HIMSELF TO DEATH IN FEAR OF GOING TO JAIL

The actor who played Noah “Puck” Puckerman in the famous drama comedy TV series Glee was recently found dead after committing suicide.

Hiburan Sun, 17 Dec 2023
Featured Fri, 5 Aug 2022

“Bakat Macam Ni Patut…” – Muncul Dengan Single ‘Slebew’, Impian Ratu Farah Diva Nak Jadi Artis Tercapai?

Wah hebatnya Ratu dah ada lagu sendiri eh sekarang 😍 Lepasni mesti berlakon pulak kan! Slebewwww 😂

Hiburan Thu, 12 May 2022

AC Mizal & Emylia Rosnaida Hadiahkan Anak Mercedes Benz Sempena Birthday Ke-18

Hadiah kereta mewah buat anak lelaki AC Mizal dan Emylia

Events Thu, 14 Mar 2019

Atasi Masalah Gusi Dengan Cara “Gumbatte” Bersama Aeril dan Wawa!

Nafas berbau, gigi rapuh, gusi berdarah dan sebagainya antara masalah utama yang sering dihadapi oleh ramai orang. Tapi, sekarang korang tak perlu lagi risau ada caranya untuk mengatasi masalah gusi iaitu melalui “Gumbatte”.

Trending Sun, 18 Feb 2018

ITALIAN TOWN SELLS HOUSES FOR RM4 TO PREVENT POPULATION PLUMMET

There are 200 houses for sale at only RM4 each!

Trending Sat, 31 Aug 2019

Dua Lelaki Indonesia Terapung Diselamatkan

Nasib baik ada jaket keselamatan dimana dapat bertahan hingga bantuan sampai

Hiburan Tue, 17 Aug 2021

YouTube Bantu Tambah Pendapatan Zarul Umbrella

Vokalis kumpulan Umbrella, Zarul Husin, 48, mengakui saluran YouTube yang diusahakan semenjak tahun 2011 membantu untuk menambahkan pendapatannya. Aktif semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, penyanyi dan pelakon ini sentiasa muncul dengan kandungan yang menarik berkaitan […]