Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 31, 2024 @ 12:50pm

“Saya Dulu Berlakon Macam ‘Tahi’ Juga” – Rosyam Nor Tak Boleh Terima Artis Baharu Dilabel Tak Ada Disiplin & ‘Kayu’

Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa kurang senang apabila ada sesetengah artis senior yang melabel artis baharu tidak berdisiplin ketika bekerja.

Bercakap kepada XTRA, Rosyam atau nama sebenarnya, Mohamed Noor Shamsuddin, 57, berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku sebaliknya penggiat seni harus memberikan peluang kepada bakat baharu untuk mencipta bakat.

“Cerita artis tidak disiplin zaman saya pun ada, artis sekarang yang cakap artis baru tiada disiplin sedangkan mereka dulu pun sama saja.

“Jangan kecam artis baru sebab kadang-kadang mereka tak tahu lagi macam mana percaturan dalam industri hiburan ini.

“Nak cakap artis dulu baik? Artis sekarang tak elok? Sama sahaja. Ada juga artis dulu terbabit skandal atau apa. Ada saja. Tapi, dulu media tak banyak seperti sekarang.

“Saya tak boleh terima kalau orang kata artis baharu ini tak ada disiplin dan kayu. Mereka orang baru kan. Saya dulu berlakon pun macam ‘tahi’ juga,” katanya kepada pemberita.

Rosyam ditemui di set penggambaran filem di Bandar Malaysia, pada Rabu.

Tambah pelakon filem KL Gangster itu lagi, industri perlu lebih terbuka menerima perubahan seiring peredaran zaman dan tidak boleh hanya tersekat di satu zaman saja.

“Bagi masa bagi peluang untuk mereka berubah. Kalau sekarang ‘influencer’ daripada media sosial jadi artis sama juga dulu model di majalah jadi artis. Yang berbeza hanya platform dan zaman berbeza.

“Tak perlu kritik. Revolusi media sosial adalah zaman sekarang. Jadi, bagi saya sebagai orang yang lebih senior, saya menggalakkan sebab industri kita berkembang.

“Sekarang TV dah ada berapa saluran, kita ada filem, kita ada media sosial, kita ada OTT, kita memerlukan ramai bakat-bakat baharu. Tapi, kalau tak diberi peluang kepada mereka, tak bolehlah begitu” ujarnya lagi.

Untuk info, Rosyam bakal muncul dalam filem aksi komedi adiwira yang diadaptasi daripada siri animasi Keluang Man.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak Cabar Diri & Bersaing Dengan Pelakon Muda, Rosyam Nor Akan Terus Berlakon Filem Aksi! – “Kalau Tolak Seolah Saya Menghukum Jenama Sendiri”

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Netizen Bengang Cara KJ Salam Syed Saddiq?

Video tersebut menunjukkan aksi Syed Saddiq yang baru tiba di KLIA menghulurkan tangan untuk bersalam dengan hadirin termasuk KJ.

Events Mon, 14 May 2018

Gandingan Hebat Siti Nurhaliza Dan Khai Bahar Dalam Cinta Syurga

Siti memilih penyanyi yang popular menerusi lagu Bayang itu kerana,  Khai mempunyai vokal yang baik selain popularitinya yang semakin meningkat naik dikalangan peminat muzik tanah air.

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Hiburan Thu, 5 Oct 2023
Hiburan Mon, 15 May 2023

[VIDEO] Chan Yeol Terkejut Munabella Boleh Bertutur Bahasa Korea

sekarang ni semua pandai cakap bahasa korea pengaruh kdrama kuat sangat

Trending Hari Ini Fri, 1 May 2020
error: Content is protected !!