Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain November 7, 2023 @ 11:32am

Ruhainies Tak Terasa Dengan Janna Nick – “Kita Tahu Dia Suka Bergurau”

Pelakon Ruhainies mengakui dirinya tidak terasa hati dengan gurauan aktres, Janna Nick di program TV3 Famili Duo Musim Ketiga, Ahad lalu.

Terdahulu, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Janna yang mempersoalkan kehadiran Ruhainies di program itu untuk menyondol seseorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Usik Ruhainies Dengan Gelaran Penyondol, Netizen Minta Janna Nick Tak Perlu ‘Try Hard’ Nak Hiburkan Penonton?

Menurut Ruhainies, dia tahu niat Janna hanyalah untuk bergurau dan perkara itu tidak menjadi satu masalah pun terhadap dirinya.

“Takda sebab kita tahu dia suka bergurau. Kadang-kadang gurauan dia kasar. Tapi saya rasa itu pun sebahagian dalam industri, saya pun tak terasa dan tahu itu gurauan,” katanya.

Tambah Ruhainies, dia tidak bimbang jika ada segelintir pihak yang salah anggap akan kehadirannya di sana memandangkan dia bukanlah seorang penyondol dan tidak pernah membuat perkara sedemikian.

“Saya rasa takkan ada timbul isu seperti itu sebab saya bukan macam tu. Bagi saya dia hanya gurau dan saya take it positive.

“Janganlah marah-marah, jangan ambil serious sangat. Benda tu gurauan sahaja dan kami dah berkawan lama dalam industri,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Terpalit… Nafi Dipantau Pihak Berkuasa, Ruhainies Bukan Artis Yang Disiasat AMLA

Sekadar info, Janna merupakan hos untuk program Famili Duo Musim Ketiga yang dikendalikan bersama Izzue Islam.

Program nyanyian keluarga itu juga turut diadili oleh dua juri tetap iaitu Mas Idayu dan Ajai.

Lebih menarik lagi, program itu telah disertai oleh pasangan selebriti yang hebat seperti Shila dan Syahir, Adira dan Emma, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Syaiful dan Shariff, Tom dan Fuad.

Orang ramai boleh menonton Famili Duo Musim Ketiga itu setiap hari Ahad, jam 9 malam, di TV3 atau secara strim menerusi platform Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Feb 2018

AJL 32: HAZAMA TAK KECIL HATI, JANJI PERSEMBAHAN MANTAP

Andai kata kononnya pemilihan saya di AJL sekadar memenuhkan ruang, ia tidak mengapa. Saya tetap akan memberikan persembahan terbaik.

Featured Fri, 26 May 2023
Featured Fri, 31 Mar 2023
Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Kayda Kongsi Pesanan Untuk Kaum Hawa Dalam ‘Macam Macam’

Buat penggemar lagu hip hop di luar sana, semoga terhibur!

Trending Mon, 13 Aug 2018

Gara-Gara ‘Fesyen Zaman Nenek Kau’, Nabila Huda Dan Netizen Berperang Mulut

Nabila menggayakan gaun berwarna hitam dengan belahan di bahagian kaki digayakan bersama skaf mendapat kecaman hebat netizen yang menyifatkan gayanya itu agak keterlaluan.

Events Sun, 3 Feb 2019

AJL33 Red Carpet Fashion Steals the Show Away

Ready to hit the show in style!

error: Content is protected !!