Rumah Banglo Kena Lelong Lebih RM4 Juta, Sajat Akui Dah Tak Ada Harta – “Saya Bahagia Duduk Di Australia, Bukan Boleh Balik Malaysia Pun”

Usahawan sensai, Nur Sajat mengakui kediaman banglo mewah miliknya di Seksyen 10, Petaling Jaya, Selangor akan dilelong dengan harga RM4.68 juta, 13 Mei depan.

Sajat berkata dia lebih bahagia untuk menetap buat selamanya di Australia, tidak mungkin akan kembali ke tanah air, Malaysia.

“Betul, rumah saya memang dilelong. Saya sudah duduk sini (Australia) bukan di sana (Malaysia. Jadi lelonglah.

“Sedih? Buat apa nak sedih. Saya duduk luar negara, gembira di sini,” katanya.

Sajat berkata demikian menerusi sebuah video dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

Dalam masa yang sama, Sajat turut mendedahkan dia kini sudah tidak memiliki sebarang harta.

“Bukan setakat rumah kena lelong, kereta pun dah tiada. Apa pun dah tak ada, jadi nak suruh saya balik buat apa? Memang tak lah.

“Saya dah tinggal sini, buat apa nak fikir duduk di Malaysia. Bukan boleh balik pun.

“Dulu ada, disuruh pergi saja. Sekarang dah keluar Malaysia, suruh balik pula.

“Biarlah saya hidup gembira di sini. Walaupun jauh di mata, tapi dekat di hati.

“Orang macam saya ni tak seronok duduk Malaysia. Macam anda, lelaki perempuan seronoklah,” katanya.

@nursajatlegacymy

wlpn sementara biarla kita semua happ. takkan nak murung je dlm dunia ni. booth bengkung sajat dekat uptown Kota Damansara smpai mlm raya. jemput dtg… #fyppppppppppppppppppppppp #sajatvideo #sajat #fyp #bengkungsajat

♬ original sound – NURSAJAT LEGACY COSMETIC MY – NURSAJAT LEGACY COSMETIC MY

Artikel Berkaitan: Dedah Derita Sakit Kanser, Sajat Mohon Maaf Pada Semua Pihak – “Takut Tak Sempat, Saya Tunggu Mati Je…”

Aqilah Paharuzi