SAH! Baim Wong Selamat Bergelar Suami Kepada Model Terkenal Indonesia

Pelakon terkenal Indonesia Baim Wong selamat bernikah dengan kekasihnya, Paula Verhoeven, pagi ini.

Majlis pernikahan diadakan dalam suasana tertutup di Dewan Tribrata, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan.

Memetik laporan Kompas, pihak wartawan hanya dapat mendengar ucapan doa dari luar dewan.

Sebelum itu, Paula memohon izin restu daripada kedua orang tuanya, “Assalamualaikum, Papi, Mami, Paula minta restu untuk bernikah dengan pilihan Paula, Muhammad Ibrahim.

” Semoga kami berdua boleh menjadi keluarga sakinah mawaddah warahmah,” ujar Paula dengan suara teresak. 

Baim menyerahkan mas kahwin emas 11 gram dan wang tunai berjumlah Rp 222.018.

“Saya terima nikah dan kawinnya Paula Verhoeen dengan mas kawin tersebut tunai,” kata Baim.

Pasangan ini diraikan dalam suasana serba putih dengan adat Jawa di mana kedua mempelai tampak begitu secocok. 

Baim menyarungkan busana adat Jawa berwarna putih manakala Paula cukup jelita mengenakan kebaya putih.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Julai lalu di Semarang Indonesia selepas enam bulan berkenalan.- Kompas.com. 

 

SGMS Faida