Categories: FeaturedOh Lawa

G-Shock Realisasi Figura Optimus Prime Dalam Bentuk Jam Tangan, Memang Gerek!

Untuk terus kekal relevan sebagai syarikat pengeluar jam terulung, G-Shock sentiasa berinovatif dengan menghasilkan koleksi hebat sempena ulang tahun ke-35 mereka.

Di mana kali ini jenama berkenaan telah berkolaborasi bersama Transformers untuk model ‘Master Optimus Prime’. Signifikasi usahasama yang terjalin menjadi tambah menarik apabila G-Shock dan juga franchise Transformers sama-sama meraikan ulang tahun yang ke-35.

Bercakap mengenai keistimewaan koleksi terbaru ini, ia didatangkan dengan figura Optimus Prime yang boleh dijadikan tempat letak jam tangan G-Shock model DW-6900. Figura Optimus Prime ini juga boleh bertukar kepada dua mod, ‘Robot Mode’ dan juga ‘Pedestal Prime Mode’.

Foto: HotNewHipHop

Warna merah, biru navy dan kelabu dipilih mengikut tema warna ikonik Optimus Prime di samping logo Autobots akan muncul ketika anda menyalakan lampu pada jam tangan ini.

Malangnya jam tangan kolaborasi eksklusif Transformers x Casio G-Shock DW-6900TF-4 ini hanya akan dijual di Jepun dengan harga $260 (RM1088.70) seunit. Nampak gayanya kena ke Jepun lah uols!

Sumber: VOCKET

Yanie Baharom