Sah! Neelofa Mengaku Dijangkiti Influenza A

Pengacara popular, Neelofa mendedahkan dijangkiti Influenza A selepas pulang dari menunaikan ibadah Haji baru lalu.

Dalam perkongsian di laman sosialnya, dia telah dinasihati doktor untuk dikuarantin selama seminggu.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua klien, rakan perniagaan dan sesiapa saja yang telah membuat temujanji pada minggu ini.

“Saya juga terpaksa menolak dengan baik semua jemputan ke acara dan mereka yang mahu melawat saya kerana boleh berjangkit,” tulisnya.

Dia memohon peminat untuk mendoakannya semoga cepat sembuh dan kembali bekerja seperti biasa mulai minggu depan.

 

Oleh: Azalea Danea

SGMS Putri