Saharul Ridzwan Jadi Rapper Pula?

Kali ini pelakon Saharul Ridzwan menampilkan sesuatu yang berbeza buat peminatnya. Bakal tampil sebagai penyanyi pula, single berjudul Buku Putih bakal jadi taruhan pertamanya.

Pelakon berusia 29 tahun ini memberitahu dia kini sedang menunggu waktu sesuai untuk melancarkan single tersebut.

“ Dalam lagu ini, saya akan rap kerana saya sedar kemampuan saya di situ. Saya tidak mahu menggunakan ‘autotune’ semata-mata mahu sedapkan suara.

“ Single ini juga merupakan percubaan saya menulis lirik di bahagian rap,” katanya.

Dalam masa sama, Saharul mengaku selesa menyanyikan di bahagian rap kerana akur dengan kemampuan diri.

“ Saya tidak akan lakukan sesuatu bukan diluar kemampuan. Disebabkan itu, saya rela menjadi penyanyi rap kerana suara saya lebih sesuai untuk genre R&B hip-hop,” katanya.

Single berjudul Buku Putih ini juga merupakan kolaborasi pertamanya bersama komposer terkenal, Ajai.

Lagu ini bakal menemui peminat tidak lama lagi. Good Luck Saharul dengan single terbaru itu nanti!

SGMS Faida