Petua Tradisional Hindar Bau Badan

“Mamat kat sebelah ni kacak tapi sayang bila angkat tangan, masyallah baunya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata “

Bagaimana perasaan anda bila anda si kacak mahupun si jelita tetapi badan berbau.

Apabila tiada yang menegur cuma menutup hidung bila berhadapan dengan anda.

Asalnya peluh ini tidak berbau tetapi akibat bakteria yang terdapat pada kulit menukar peluh yang mengandungi protein kepada asid dan terhasil bau badan 

Walaupun banyak produk di luar sana tetapi jangan dilupakan pada petua tradisional.

Ini dikongsikan petua secara tradisional:

Daun Sirih – dikatakan bertindak sebagai antiseptik disamping mengandungi zat aktif. Selain itu dapat membantu menghilangkan bau badan yang berpunca dari kuman atau bakteria. Rendam 5 helai dalam air panas dan biar ia sejuk sendiri. Minum air rendaman daun sirih dan amalkan setiap hari

Limau kasturi – dikatakan dapat menyingkirkan bau badan tetapi pengambilan konsisten perlu. Dimana buangkan biji kasturi dan makan kulit limau kasturi bersama airnya

Timun- bukan sahaja untuk ulam tetapi antara ramuan petua hilangkan bau badan . Potong beberapa kepingan kecil dan bila mandi gosokkan kepingan timun kepada seluruh badan. Jangan lupa bilas bersih sebelum keluar bilik mandi

Selamat mencuba! 

Sumber:  Petua Tradisional

SGMS Enal