Categories: Gaya Hidup

Singkap Personaliti Anda Melalui Gaya Posisi Tidur

Nak tahu sama ada seseorang itu pembersih atau tidak, lihat bagaimana keadaan rumahnya. Jika kediaman sentiasa rapi dan teratur, bermakna mereka adalah seorang yang pembersih dan sistematik. 

Jika sebaliknya, faham-faham sendirilah!

Bercakap mengenai personaliti individu ini, sebenarnya terdapat pelbagai kajian dan cara untuk menganalisanya. Satu daripadanya yang dilakukan pakar psikologi adalah daripada cara tidur seseorang.

Ketika kita tidur, alam bawah sedar akan mengambil alih tubuh kita dan semua pergerakan semasa tidur. Oleh itu, posisi gaya tidur yang paling sering anda lakukan boleh mencerminkan keperibadian anda!

Agaknya, yang mana satukah anda? Teruskan membaca artikel ini.

1. Tidur terlentang dengan kedua belah tangan di atas

Foto: Sleep.Org

Seorang pendengar dan kawan yang baik. Individu dengan gaya tidur sebegini juga boleh membuat orang lain merasa tenang dengan karakternya yang periang dan berjiwa bebas.

Sering menghulurkan bantuan dan tidak suka akan populariti.

2. Tidur terlungkup

Foto: Beliefnet

Gaya tidur ini merupakan gaya tidur yang tidak selesa. Orang yang tidur gaya ini selalunya orang yang mempunyai ego yang tinggi dan keras kepala.

Dia juga suka menguruskan semua benda serta sensitif dan tidak boleh menerima kritikan.

3. Tidur dengan menutup selimut dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Foto: Elite Daily

Gaya tidur ini mencerminkan seseorang yang berani walaupun dalam situasi yang sukar. Mereka juga suka menyelesaikan masalah sendiri tanpa bantuan orang lain.

Orang ini juga biasanya pemalu dan banyak menyimpan rahsia.

5. Posisi gaya tidur berbaring ke sisi dengan kaki bengkok

Foto: be2news.gr

Digambarkan sebagai seorang yang kasar dari segi luaran tetapi sebenarnya pemalu dan sensitif. Mereka memerlukan masa untuk mesra dengan orang lain.

Tahukah anda bahawa tidur mengiring ke kiri boleh mendatangkan kompilasi kepada organ dalam badan seperti hati dan paru-paru. Sebaiknya adalah mengiring ke sebelah kanan kerana itu adalah cara tidur mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W.

6. Tidur mengiring lurus dengan kedua belah tangan di sisi

Foto: yukepo.com

Gemar bersosial dan bergaul tetapi sering ditipu kerana kelemahan mereka yang mudah percaya pada orang lain.

Sumber: EH!

Yanie Baharom