Sajat Beli Rumah Bernilai RM1.5 Juta Di Sydney Dalam Tempoh 6 Bulan

Usahawan dan selebriti kontroversi, Nur Sajat berjaya memiliki sebuah rumah berharga RM1.5 juta di Sydney, Australia.

Menerusi perkongsian di Instagram, rumah itu dimiliki selepas enam bulan dia memulakan perniagaan di Australia.

Memetik laporan Harian Metro, Sajat turut meluahkan rasa syukur dengan pencapaiannya biarpun telah melalui pelbagai cabaran semasa ingin mula bermastautin di sana.

“Alhamdulillah, saya tak sangka kini sudah memiliki rumah di Sydney dengan harga AUS500,000 (kira-kira RM1.5 juta). Semestinya saya sangat gembira kerana dalam tempoh enam bulan saja memulakan perniagaan di sini dan berdepan dengan masalah cukai dan sebagainya akhirnya berjaya mengumpul aset di sini.

“Terima kasih banyak saya ucapkan kepada ejen hartanah, broker, peguam dan akauntan saya yang banyak membantu melancarkan proses pembelian rumah ini. katanya.

Usahawan itu juga turut menganggap ini merupakan permulaan bagi kehidupan barunya yang semakin aktif mengendalikan perniagaan di Australia.

Menurut Sajat, dia enggan menoleh ke belakang dan ingin menumpukan perhatiannya kepada perkara yang bakal mendatang.

“Jika kita yakin dan fokus apa kita buat, pasti kita akan maju ke hadapan. Selepas apa terjadi pada saya tahun lalu, saya untuk memandang ke hadapan saja. Saya sudah ‘move on’.

“Rezeki ada di mana mana. Kalau kita yakin dengan perniagaan kita buat, pasti kebaikan dan ganjaran kita akan dapat,” katanya.

Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata pengikutnya memberi maklum balas positif atas kejayaan pemilikan rumah di luar negara.

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain