Saksikan Filem Pulang Yang Pastinya Meruntun Jiwa Anda Hari Ini!

“Apa gunanya Kapal kalau cuma bersauh di tepi pantai”

Itu adalah antara bait-bait kata yang terdapat dalam filem Pulang yang pastinya menggamit memori dan meruntun jiwa penonton yang bakal menyaksikan filem ini di pawagam berdekatan hari ini!

Mula menemui penonton pada 26 Julai 2018, Pulang nyata mampu bawa kelainan filem tempatan sekaligus filem ini mampu memartabatkan filem melayu. Ianya bukan sahaja turut dipersetujui oleh pelakon utama filem ini tetapi diakui sendiri oleh rakan media dan artis -artis tempatan yang telah menyaksikan Pulang pada malam gala yang telah diadakan di GSC, Pavillion Kuala Lumpur baru-baru ini.

Maka tidak hairanlah sekiranya filem ini merupakan filem berskala besar dengan menelan belanja sebanyak RM6 juta yang pernah dihasilkan oleh Primeworks Studios. 

Berjaya membuka minda penonton tentang kehidupan sepanjang tiga era ini, Pulang sedikit sebanyak memberi kesedaran tentang betapa besarnya pengorbanan dan usaha yang dilakukan oleh orang-orang terdahulu khasnya kehidupan sebagai seorang kelasi kapal.

Sebut sahaja tentang Pengarahnya, Khabir Bhatia nyata tidak pulang dengan tangan kosong apabila ramai yang memuji tentang sentuhan magisnya terhadap kesan sinematografi yang  dihasilkan oleh beliau. Garapan jalan cerita yang begitu kemas dan emosi yang ditunjukkan oleh para pelakon pastinya membuatkan sesiapa sahaja yang melihat filem ini akan keluar dengan rasa puas hati.

Jadi buat penonton dan peminat filem tempatan, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Pulang yang mula ditayangkan pada hari ini dipawagam-pawagam berdekatan anda!

 

 

 

 

 

Salma Syahbuddin