Salman Khan takut nak kahwin!

Pelakon  Salman Khan yang dikatakan  antara tiga bintang Bollywood menerima bayaran termahal mengakjui dia tidak mahu berkahwin kerana takut dengan perbelanjaan perkahwinan yang mahal.

Mengikut laporan   majalah Forbes pada 2017, Salman menerima bayaran termahal iaitu AS$37 juta (RM145,021,583) setahun.

Pelik juga kan, banyak duit tetapi takut nak belanja untuk kahwin?

Salman atau nama penuhnya, Abdul Rashid Salim Salman Khan memberitahu, tidak mampu untuk menampung kos perkahwinan yang sekarang ini dianggapnya amat tinggi.

“Saya tidak mampu. Sebab itulah saya masih bujang,” kata aktor berusia 52 tahun ini seperti disiarkan  Harian Metro.

Barangkali,  pengalamannya menganjurkan majlis perkahwinan untuk adik angkatnya, Arpita Khan di Istana Falaknuma, Hyderabah  pada 2014 lalu, sehingga menelan kos perbelanjaan termahal di India membuat Salman terfikir dua kali kut?

Salman bersama Katrina (kiri) dan Iulia.

Peminat Bollywood pasti tahu kan yang Salman ini  sering dikaitkan dengan beberapa wanita Bollywood seperti antaranya Aishwarya Rai (kini isteri Abhishek Bachchan)  dan Katrina Saif, malah pada Disember tahun lalu, Salman diberitakan akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang model dari Romania, Iulia Ventur tetapi ternyata ia sekadar khabar angin sahaja.

Dalam pada itu, dua tahun lalu, bintang filem ‘Dev Das’ ini  pernah juga membuat pengakuan tidak mahu berkahwin atas sebab tidak mampu menjadi seorang suami yang baik.

Emm… macam-macam alasan diberikan. Mungkin jodohnya belum sampai gitu?

Tertanya-tanya juga apa dah jadi dengan konsert Salman, ‘Da-Bangg The Tour’ yang sepatutnya berlangsung di Kuala Lumpur tahun lalu? Batal terus ke gamaknya?

Apa pun, moga tahun 2018 akan mempertemukan Salman dengan jodohnya!

SGMS Fas