“Sama Macam Abg Jo, Gaduh Lepastu Kahwin Lain” – Terkena Tempias Gara-Gara Kongsi Foto Pasca PRU15, Fizo Omar Selar Individu Mulut Celupar

Tiada angin tiada ribut, pelakon Fizo Omar secara tiba-tiba dikaitkan sama seperti ahli-ahli parlimen gara-gara berkongsi foto mereka sedang duduk semeja berbincang. 

Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Fizo di Instagram miliknya sebentar tadi meraih perhatian ramai yang sehingga kini masih menanti keputusan PRU15. 

“Biarlah gambar berbicara. Mungkin mereka terpaksa bersemuka duduk semeja demi Negara. Kita hanya bersangka baik je lah. 

“Nota kaki: Bila tengok balik video mereka berceramah sebelum PRU hari tu.. Hmm, rasa macam gambar ni edit pula kan?,” tulisnya di ruang kapsyen.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, terdapat seorang individu bertindak berani meninggalkan komen yang tidak senonoh di hantaran tersebut yang mengaitkan kisah rumah tangga selebriti ini. 

“Awal-awal gaduh lepastu kahwin. Same goes to Abang Jo.. Awal-awal cium mulut dengan Mawar, hujung-hujung kau kata aku, aku kata kau. Abang Jo pun kahwin lain.. Opsss gurau,” tulis individu berkenaan. 

Meskipun bergurau, komen tersebut mengundang rasa tidak senang Fizo yang turut membalas dengan meminta individu tersebut untuk menyimpan sikap kurang ajarnya itu. 

“Amboi ayat kau ni. Simpan sikit biadap tu,” balasnya. 

Menjengah ke ruangan komen tersebut, ramai tampil mempertahankan Fizo serta mengecam individu berkenaan. 

Aqilah Paharuzi