“Sampai Hati Dia Buat Begini, Bapa Saya Baru Meninggal” – Kena ‘Sound’ Dengan Diva AA, Azza Elite Kecewa

Pelakon Azza Elite kesal dengan tindakan pengacara popular, Azwan Ali yang didakwa menghamburkan kata-kata kesat kepadanya.

Menurut Azza atau nama sebenarnya, Noor Azzarima Zawari, perkara tersebut terjadi selepas dia lambat menyiapkan tempahan sejadah jualannya.

Penyanyi kumpulan Elite itu hanya mengetahui mengenai perkara terbabit selepas Azwan memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.

“Sampai hati  dia tulis begini.Bapa saya baru meninggal pada Isnin. Jangan suka-suka hati maki.

“Sebab dah terbiasa mulut tu, maki orang jadi makanan kau! Niat tu baik hendak beli sejadah, aku bersyukur tetapi dalam masa yang sama fikir juga keadaan orang lain.

“Saya baru kehilangan ayah. Jangan buat anak yatim begini bang… Ini kali aku lawan! Biar abang Wan bertemu husnul khotimah,” katanya.

Tambahnya lagi, kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan Azza sibuk menguruskan hal keluarga sehingga menyebabkan urusan penjualan sejadah terganggu seketika.

“Saya tak pernah cari pasal kat sesiapa. balik pun baru berapa hari terus nak pegi urus mak dengan bapak sakit. Tak boleh nak fikir orang nak beli sejadah ke apa… Dalam dunia ni biar kita dahulukan mak ayah kita dulu,”  jelasnya.

Terdahulu, Azwan dilihat meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila terpaksa menunggu terlalu lama tempahan sejadah yang dibeli olehnya.

 

Salma Syahbuddin