Featured By: Dharnieya Nur Amelsa November 17, 2022 @ 6:55pm

“Sampai Kat Gambar Dia, Kemain Helok!” – Netizen Terhibur Lihat Idzham Ismail Throwback Gambar Filem Juvana

Umum mengetahui, filem Juvana merupakan naskhah yang mendapat sambutan ramai penonton dan telah memberi banyak mesej dan pengajaran kepada orang ramai.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Idzham Ismail di laman TikTok yang mengimbas kembali gambar lama bersama pelakon-pelakon Juvana.

@idzham_ismailHahahahahahahahah♬ suara asli – Langit Musik Indonesia

Menerusi hantaran tersebut, Idzham membandingkan gambar barisan pelakon zaman filem Juvana yang dulu dan kini.

Namun apa yang menghiburkan hati ramai adalah apabila dia meletakkan gambar-gambar yang kelakar pada setiap pelakon kecuali dirinya dan Shukri Yahaya.

“Saja post gambar Shukri tu sebab saya tengah shoot dengan dia. Nanti dia merajuk kalau tak up gambar kacak,” tulisnya di ruangan komen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gambar gambar yang dimuat naik oleh Idzham memandangkan hanya gambarnya dan Shukri sahaja kelihatan elok.

“Hat dia, kemain helok gambar.. HAHAHAHAHA, KESIAN KAT KAWAN TU.

“Sampai dia elok je, orang lain semua ada character.

“Kena kat dia. Kat dia helok.

“Kau berdendam ke bang dengan bertiga tu. Gambar first je aku dah melekek .

“Sampai keluar air mata gelak ,” tulis salah seorang peminat.

Malah, ada juga segelintir yang mengatakan bahawa mereka rindu dengan filem Juvana dan mahu melihat mereka semua berlakon kembali.

“Rindu Juvana, Rindu Panjang, Ayam, Apek, Botak, Komeng, Gajah, Fit, Gaban, Kicap dan Daim. Terima kasih kerana menghidupkan cerita Juvana.

“Semua budak-budak Juvana ini. Rindu ye nk tengok cerita tu.

“Rindu zaman ni… Syok tengok TV dulu-dulu.. Sebelum ada netflix semua.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 514,000 tontonan, 35,000 tanda suka dan 478 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 17 Apr 2022
Trending Wed, 19 Sep 2018

Justin Bieber Tiba-Tiba Busking Di Depan Buckingham Palace Untuk Impress Tunangnya

Mungkin ini caranya untuk luahkan rasa cintanya di khalayak ramai.

Hiburan Mon, 5 Aug 2019

Tahniah…Nina Iskandar Kini Bergelar Isteri Penolong Pengarah!

Bagi saya, ini waktu sesuai saya mengadakan majlis resepsi selain diadakan sempena hari jadi.

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

Happikiddo Anjur ‘Baby Shower’ Untuk Hanis Zalikha

Majlis istimewa ini telah dianjurkan oleh HappiKiddo yang mana Hanis telah dilantik menjadi duta rasmi mereka.

Events Thu, 15 Nov 2018

王冠逸返马出席活动自嘲「都不红!」

凭着《延禧攻略》海兰察一角爆红的王冠逸返马出席活动;在主持人介绍他歌手身份时,自嘲歌曲都不红!

Drama Thu, 15 Dec 2022

Nabil Aqil Cabar Adam Lee? Budak Tebing 3 Terus Diuji!

Wah, tak sabar nak tengok Budak Tebing 3!

Featured Thu, 24 Mar 2022

Pelan Perlindungan Insurans Sehingga RM10,000 Akibat Kematian Isi Rumah – PM

Semoga dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan

Events Thu, 13 Dec 2018

许佳麟认爱女网红「没刻要公开但也不隐瞒」

「国民男友」Danny许佳麟认爱!女粉心都碎了~