Sanggup Beli Kasut Kerana Kaki Netizen Melecet, Ayda Jebat Dilabel Duta Terbaik

Tular di Twitter apabila pelakon Ayda Jebat menyatakan hasratnya untuk membeli sepasang kasut milik seorang netizen yang mengalami kesakitan di kaki akibat melecet.

Difahamkan, netizen tersebut telah berkongsi foto kakinya yang melecet akibat memakai kasut sebuah jenama terkenal di laman Twitter dan ia mendapat perhatian Ayda.

Ayda yang juga merupakan duta kepada jenama berkenaan terpanggil untuk membeli kasut netizen itu dan berharap netizen itu boleh membeli kasut lain yang lebih selesa.

“Hi. Terbaca your tweet. Can I know which outlet or dekat mana awak beli? Nampak macam ketat. Kesiannya kaki awak sakit. Alhamdulillah my experience, saya ada banyak kasut Skechers semua saya pakai selesa. Takpe, saya beli kasut awak so awak boleh beli kasut lain. DM saya,” ciap Ayda di ruangan ‘quote tweet’.

Tindakan Ayda itu mendapat perhatian netizen dan meraih pujian kerana menjadi duta terbaik kepada jenama terbabit.

“This is how an ambassador doing their jobs. Tak sia-sia aku beli, memang selesa and tahan lasak.

“Ayda Jebat benda gini pun buat aku nangis. Tisu betol hati aku ni

“Untuk you Ayda, I tolong gigitkan kasut tu supaya kaki you tak digigit okay. Done ayat manis,” ciap netizen di ruangan ‘replies’.

Izzi Farhana