Sanggup Jadi Jenazah, Tindakan Fazley Yaakob Dipuji Netizen

Penyanyi dan Chef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob sedia menjadi ‘jenazah’ untuk kelas praktikal pengurusan mandi jenazah anak-anaknya baru-baru ini mendapat pujian rata-rata warganet.

Fazley menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya berkata, latihan yang betul perlu dilakukan dan dia bersedia untuk menjadi ‘jenazah’.

“Anak-anak ada kelas pengurusan jenazah petang ini jadi saya tawarkan diri pada ustaz untuk jadi jenazahnya. Bimillah!,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fazley mengakui ramai yang tidak menyangka dia sanggup menawarkan diri untuk melakukan aktiviti sedemikian.

“Serius, ramai yang tanya saya. Betul saya tak tipu. Itu adalah kelas praktikal mandi jenazah anak-anak sayadengan ustaz mereka.

“Ustaz tanya sama ada nak tengok video atau penerangan sahaja. Saya cakap buat je latihan betul-betul. Kemuadian ustaz tanya jenazah macam mana? Patung ke? Saya cakap, biar saya jadi jenazahnya, suatu hari nanti nak kena buat betul-betul juga kan?,” kongsinya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Fazley memuji tindakannya itu yang disifatkan sangat bijak kerana ia merupakan pelajaran paling berkesan baut anak-anak.

“Terbaik Datuk! Walaupun terasa sebak saya rasa tindakan Datuk memang bijak. Bertuah anak-anak Datuk. Semoga dipermudahkan.

“Allahuakbar, anak-anak perlu didedahkan dengan ilmu ini. Seorang ayah yang prihatin.

“SubhanaAllah, Tahniah Datuk! Semoga ini menjadi pelajaran paling berkesan kepada anak-anak dan ‘jenazah’ pinjaman tu.

“Terbaik Datuk! Satu hari nanti semua akan alami keadaan ini. Anak-anak lebih memahami dan menghayati nanti,” komen peminatnya.

 

Salma Syahbuddin