Sarah Yasmine Dedah Caprice ‘Dalang’, Siap Susun ‘Plan’ Untuk Aliff Aziz & Ruhainies – “Semua Benda Datang Dari Dia”

Umum sedia maklum, sejak pendedahan demi pendedahan dibuat oleh kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine sejak malam tadi, rata-rata warganet terkejut dengan tindakan kedua-dua pelakon itu.

Mana taknya, Aliff dan Ruhainies kelihatan mengutuk jenama produk kecantikan, menggelar Bella dengan panggila yang kasar dan sanggup merancang untuk tidak memulangkan kereta miliknya.

Bukan itu sahaja, menerusi perkongsian perbualan WhatsApp, nama pelakon Emma Maembong dan adiknya, Chacha Maembong juga turut dipetik dalam perbualan berkenaan apabila kedua-dua mereka mendakwa Bella Astillah ‘try hard’ untuk membuatkan netizen percaya dengan apa yang dikatakannya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukti WhatsApp Antara Aliff Aziz & Ruhainies Didedahkan, Nama ‘Emma’ & ‘Chacha’ Pun Kena Petik Sebab Dakwa Bella Astillah Try Hard?

ARTIKEL BERKAITAN:Sarah Yasmine ‘Spill The Tea’, Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz & Ruhainies Kutuk Produk Kecantikan – “B*bi Untuk B*bi”

Lebih mengejutkan, Sarah turut mendedahkan bahawa individu ‘Z’ dalam perbualan WhatsApp yang dikongsikan adalah Caprice.

Katanya, Caprice adalah individu yang dirujuk oleh kedua-dua artis itu termasuklah apa yang perlu diperkatakan oleh Aliff ketika prosiding perceraian yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 4 April lalu.

Sementara itu, Sarah sempat meningglkan komen sarkastik terhadap Caprice apabila meminta aktivis kemanusiaan itu bersikap jujur dengan dirinya sendiri dan bukannya munafik.

Salma Syahbuddin