“Kalau Tak Diuji Macam Ni, Nanti Kita Lupa Allah” – Tular Guna ‘Short Form’, Mesej Mesra Aliff Aziz & Ruhainies Dikritik

Isu khalwat membabitkan pelakon sensasi, Aliff Aziz dan Ruhainies semakin menjadi bualan hangat di platform media sosial selepas wanita didakwa kekasih gelap aktor tersebut, Sarah Yasmine mendedahkan mesej mesra mereka di Instagram, semalam.

Dalam beberapa hantaran di IGS, Sarah memuat naik perbualan antara Aliff dan Ruhainies yang ditangkap olehnya secara senyap ketika aktor berkenaan bersamanya.

Menerusi hantaran tersebut, pelbagai isu hangat dibongkarkan, malah Ruhainies turut memetik nama pelakon, Emma Maembong dan adiknya, Chacha Maembong didakwa mengkritik Bella Astillah.

Dalam pada itu, Aliff turut mengakui perkara yang terjadi membabitkan dirinya dan Ruhainies adalah satu ujian yang diberikan Allah SWT untuk mereka menjadi insan lebih baik serta sentiasa mengingati Yang Maha Esa.

“Ini adalah anugerah istimewa, Sebab mungkin kalau tidak diuji macam ni, saya dan awak mungkin kurang ingat dan berharap pada Allah SWT.

“Berat ujian, besar lagi ganjaran. InsyaAllah, buat awak dan saya,” katanya.

Menjengah ke platform media sosial, mesej mesra pelakon itu tular sehingga nama mereka trending di aplikasi X.

Rata-rata netizen mengkritik perbualan mereka yang dikatakan seperti pasangan remaja yang sedang hangat bercinta apabila beberapa perkataan ‘short form’ atau singkatan digunakan.

Melihat kepada mesej tersebut, ramai dalam kalangan warganet cuba untuk memahami beberapa perkataan yang menggunakan singkatan termasuklah, LU (Love You), LUM (Love You More), MUSM (Miss You So Much) dan MUMUMUMU (Mucuk Mucuk Mucuk Mucuk).

Terdahulu, Sarah mendakwa bahawa dia dan Aliff sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Sarah berkata dia berani untuk mendedahkan kisah cinta mereka selepas Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap khalwat bersama Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Lebih mengejutkan, Sarah mendakwa Ruhainies telah menghasut Aliff untuk menjatuhkan Bella, malah, dia turut mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan oleh aktres itu.

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine ‘Spill The Tea’, Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz & Ruhainies Kutuk Produk Kecantikan – “B*bi Untuk B*bi”

Artikel Berkaitan: Bukti WhatsApp Antara Aliff Aziz & Ruhainies Didedahkan, Nama ‘Emma’ & ‘Chacha’ Pun Kena Petik Sebab Dakwa Bella Astillah Try Hard?

Artikel Berkaitan: Nama Terkait Isu Ruhainies, Aliff Aziz & Bella Astillah… Emma Maembong Akui Khilaf, Nafi Back-Up Mana-Mana Pihak

Artikel Berkaitan: Tak Ambil Port Isu Aliff Aziz, Bella Astillah & Ruhainies… Kesal Fakta Dimanipulasi, Giliran Chacha Maembong Beri Penjelasan

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Dedah Caprice ‘Dalang’, Siap Susun ‘Plan’ Untuk Aliff Aziz & Ruhainies – “Semua Benda Datang Dari Dia”

Aqilah Paharuzi