Featured By: Atiqah Johari January 26, 2023 @ 10:02pm

“Saya Akan ‘Tenggelam’” – Tak Dapat Tawaran Dari Stesen TV, Azwan Ali Tidak Kecil Hati Tapi…

Pengacara kontroversi, Azwan Ali memberitahu bahawa dia belum menerima apa-apa tawaran untuk pengacaraan daripada stesen televisyen bagi tahun ini.

Namun begitu, memetik laporan Utusan Malaysia, Azwan yang mesra disapa sebagai Diva AA mengakui bahawa dia tidak berasa kecil hati dan percaya apa yang berlaku mempunyai hikmah.

“Untuk pengacaraan memang sedih dan sendu. Tahun ini memang saya hilang daripada skrin televisyen sebab perlu terima hakikat belum ada stesen yang bagi tawaran.

“Memang saya akan ‘tenggelam’ sebab tiada produksi yang panggil lagi. Semuanya ada hukmah,” kongsinya kepada Utusan Malaysia.

Walaubagaimanapun, Diva AA memaklumkan yang dia masih menerima jemputan untuk menjadi pengacara majlis di dalam dan luar negara.

Kongsinya, produk rendang yang diusahakannya turut menerima permintaan tinggi dalam kalangan peminat.

“Saya baru sahaja pulang dari Singapura memenuhi undangan dalam sebuah majlis di sana. Alhamdulillah, tetamu sangat terhibur dengan penyampaian saya dan sentiasa bergelak-tawa dari awal majlis.

“Saya juga masih menjual rendang seperti biasa dan menerima permintaan sehingga haru ini,” ujarnya lagi.

Sumber: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Feb 2023

Dakwaan Suami Abai Nafkah Madu, Miera Leyana Hampir Jadi Singa Gara-Gara Diserang Netizen Mulut Celupar

Jangan dijolok sarang tebuan, jangan dikacau singa yang diam… Kena makan dengan Miera nanti 🥵😌🤪

Featured Sun, 18 Dec 2022
Featured Fri, 12 Oct 2018

Isi Borang 40 Muka Surat Dulu Baru Boleh Masuk Ke Rumah Hantu McKamey Manor. OMG!!

Hampir tiada seorang pun yang mampu menghabiskan pengalaman masuk ke Mckamey Manor. Mesti seram gila!

Trending Mon, 15 Jan 2018

非一般便条纸 让你变成生活的艺术家

虽然说创作纸雕艺术品需要极高创意及一双巧手,但日本近日有公司推出一款纸雕模型便条纸(Memo纸),顾客不需刻意组装或做任何劳作,只要慢慢撕下、用光了便条纸,纸雕作品就会现形。

Trending Sun, 29 Jul 2018

Malaysia Has Highest Diabetes Rate in Asia

We’re also part of the highest in the world.

Featured Thu, 14 May 2020

| Live TV