“Saya Bukan Orang Ketiga” – Aisha Retno Nafi Jadi Punca Keretakan Hubungan Farouk & Amylea

Penyanyi Aisha Retno menafikan dirinya adalah punca keretakan hubungan percintaan antara komposer Farouk Roman dan penyanyi Amylea Azizan.

Aisha berkata, dia tidak sedar mengenai kewujudan gosip liar terbabit dan menegaskan dakwaan berkenaan tidak benar sama sekali.

“Gosip itu salah dan tidak sahih. Kami tidak ada apa-apa (hubungan). Abang Farouk pun sudah mempunyai kekasih hati dan individu itu bukan saya.

“Biasalah, interprestasi orang, Saya anggap dia sebagai abang saja,” ujarnya.

Tambah pelantun lagu W.H.U.T itu turut memberitahu hubungannya dengan Farouk dan Amylea boleh dikatakan sangat akrab seperti adik-beradik.

“Gosip ini tidak ganggu kerjaya saya sama sekali. Saya pun baru dengar gosip ini. Saya dan abang Farouk macam adik-beradik. Malah hubungan saya dengan kak Amylea pun okey, dan dia sangat baik dengan saya,” katanya.

Terdahulu, ikatan kisah percintaan Amylea dan Farouk terputus di tengah jalan selepas selama 10 tahun menjalin cinta telah menjadi perbualan hangat semenjak tahun 2020 lalu.

Namun, urusan pekerjaan tidak menjadi penghalang mereka untuk bekerjasama dan bersikap sangat professional bagi menyiapkan sebuah lagu yang didendangkan oleh Aisha, iaitu lagu Cinta Denganmu.

Bagaimanapun, keputusan mereka untuk memutuskan hubungan tidak diketahui sehingga kini.

Sumber: Harian Metro

Aqilah Paharuzi