‘Saya Dah Cuba’-Mawar Masih Sayangkan Fizo Omar?

Bekas isteri Fizo Omar mengaku dia telah mencuba sedaya upaya menyelamatkan bahtera rumah tangga yang dibina sejak enam tahun lalu.

Apakan daya, dia harus reda dengan ketentuan yang ditulis olehnya dan Fizo Omar.

“Mungkin setakat ini sahaja perkahwinan kami. Saya dah cuba untuk selamatkan termasuklah korbankan kasih sayang saya demi kebahagiaan Fizo dan keluarga,”kata Mawar.

Usahawan tudung terkenal itu juga memberitahu di masih sayangkan bekas suaminya itu tetapi masih terlalu awal untuk menjangka kisah di masa depan.

Sementara itu, Fizo tidak merancang untuk merebut hak penjagaan anak mereka, Wan Maryam.

“Saya tidak mahu pisahkan mereka. Kami bersedia menjadi pasangan ibu-bapa terbaik untuk Maryam,”katanya.

Pasangan ini berkahwin pada November 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan comel bernama Wan Maryam.

SGMS Enal