“Saya Dalam Fasa Bahagia” – Intan Najuwa Enggan Ulas Isu Tunang

Pelakon Intan Najuwa enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan sudah bertunang bersama jejaka pilihan hati yang juga berstatus Datuk.

Menurutnya, ini bukanlah masa yang sesuai untuk dia bercerita mengenai perkara tersebut memandangkan dia kini mahu fokus terhadap kerjaya, perniagaan dan juga pelajarannya.

Meskipun begitu, Intan memohon agar peminat sentiasa mendoakan kebaikan dan jodoh yang terbaik untuknya.

“Iya, saya dalam fasa bahagia sekarang. Tapi perkara baik saya akan kongsi. Apabila bersedia, saya sendiri kongsi.

“Saya minta sangat, tolong doakan jodoh yang baik untuk saya. Sekarang saya tidak mahu beri pengesahan atau apa-apa kenyataan… Tunggulah nanti.

“Sekarang saya belum bersedia bercerita mengenai hal peribadi. Nanti,insya-Allah kalau sudah ada masa yang betul dan bersedia, saya akan kongsi,” katanya.

 

Terdahulu, sebuah portal melaporkan majlis pertunangan Intan dan jejaka bergelar Datuk berlangsung di kediaman keluarga Intan di Johor Bahru, Johor.

Bagaimanapun, kesahihan mengenai perkara itu masih tidak dapat dipastikan memandangkan Intan lebih selesa untuk mengunci mulut.

Sebelum ini, Intan pernah bertunang dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019, namun mengambil keputusan untuk berpisah akibat tiada persefahaman.

 

Sumber: BH

Salma Syahbuddin