“Saya Hidup Mahu Berjasa” – Terlibat Kes Dadah, Niezam Zaidi Insaf & Dalam Fasa Perbaiki Diri

Oktober tahun lalu, pelakon Niezam Zaidi terbabit dengan kes penyalahgunaan dadah namun kini berada dalam fasa memperbaiki diri dengan lebih mendalami ilmu agama.

Memetik laporan Harian Metro, Niezam atau nama sebenarnya Mohd Niezam Mohd Zaidi, 30, meluahkan rasa keinsafan dan ingin berjasa kepada orang ramai kerana menyedari hidup di dunia ini singkat.

“Saya tak baik, jadi saya buat perkara baik. Mungkin situasi yang berlaku dekat dunia sekarang ini membuatkan saya terfikir bahawa hidup ini singkat.

“Emak saya pula sedang sakit. Kdang-kadang saya ini terlalu fikir sampai bila emak akan hidup, tapi sebenarnya saya patut fikir sampai bila pula saya akan hidup. Jadi, saya mahu hidup untuk berjasa dan berkhidmat.

“Bila ada satu ‘turning point’ berlaku dalam hidup, saya tak boleh ikut kehendak diri sendiri sebaliknya saya lakukan apa-apa kerana Allah. Setakat ini semuanya berjalan lancar,” ujarnya kepada Harian Metro.

Kongsi Niezam, dia kini menyertai beberapa kumpulan tabligh bagi memperkukuhkan pegangan dan ajaran agama.

“Sebelum ini ada kumpulan tabligh ajak keluar. Tapi saya sertai tabligh dari Bangladesh yang datang ke kampung saya.

“Mereka beritahu siapa yang turun masjid ini sudah terpilih. Ayat itu membuatkan hati saya tersentuh dan saya cuba berdakwah dengan cara yang saya boleh buat,” kongsinya.

Namun begitu, dia menjelaskan bahawa dia tidak terlalu ekstrim sehingga menimbulkan salah faham yang membawa kepada fitnah.

Niezam turut meluahkan rasa syukur kerana kerjaya seninya masih diterima dan berjalan seperti biasa serta tidak disekat oleh mana-mana stesen televisyen mahupun syarikat produksi.

Untuk info, Niezam telah dijatuhkan hukuman denda RM4,000 selepas mengaku bersalah atas dakwaan memiliki dadah Oktober tahun lalu oleh

Pada Oktober tahun lalu, Niezam berdepan hukuman denda berjumlah RM4,000 selepas mengaku bersalah memiliki dadah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak.

Dalam perkembangan lain, Niezam membintangi filem Remp-It 2 yang sedang hangat ditayangkan di pawagam.

Selain Niezam, Remp-It 2 turut dibintangi oleh Farid Kamil, Ahirine Ahirudin, Cat Farish dah ramai lagi.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari