“Saya Juga Pernah Kerja Sebagai ‘Cabin Crew’ Tapi Saya Tak Pernah…” – Raja Ilya Tak Puas Hati Dengan Siapa?

Selepas segala usahanya membuat aduan untuk mendapatkan penjelasan dari sebuah syarikat penerbangan lokal menemui jalan buntu, pelakon Raja Ilya memilih untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya melalui satu entri di akaun instagramnya @rajailya.

Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum binti Raja Mohammad (34) berkata dia sendiri pernah bekerja sebagai seorang pramugari dan tidak pernah berkelakuan seperti itu.

“Terlalu banyak kali bersabar…Ilya pun kerja syarikat penerbangan juga sebelum ni, jadi cabin crew (pramugari) juga tapi tak pernah sekali pun layan penumpang macam segelintir mereka sekarang ni.

“Hari ini, rasa lebih-lebih pula, email aduan pun tak jalan, buat panggilan untuk aduan pun tak ambil peduli, jadi macam mana kami nak sampaikan aduan ke pihak yang kena ambil tahu?” tulis Ilya. 

 

Berkongsi pengalaman buruk yang pernah dilalui sendiri semasa menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan yang sama, bagasi Ilya pernah ditinggalkan di KLIA tanpa dimaklumkan kepadanya. 

“Bukan sekali kena, banyak kali! Sampai beg-beg penumpang ditinggalkan di KLIA tanpa beritahu apa-apa. Sampai di Perth, kata tak masukkan bagasi kerana lebih muatan dan kena tunggu satu hari untuk terima beg.

“Bila naik pesawat, segelintir krew penerbangan layan dan sembang dengan penumpang macam musuh negara, nak hidang makanan pun macam bagi sedekah,” luah Ilya lagi. 

Meninjau ke ruangan komen, ramai rupanya yang mengalami nasib yang sama apabila aduan mereka tentang masalah yang dihadapi tidak diendahkan. 

Apa-apa pun jangan lah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Mungkin nasib Ilya sering mendapat krew yang tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya, tapi mesti tak semua begitu..betul tak?  

Moga syarikat penerbangan tersebut mengambil serius aduan Ilya dan mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka ya? 

Terdahulu, pelakon yang popular melalui drama Love You, Mr Arrogant ini mendirikan rumahtangga dengan seorang warganegara Australia bernama Trent Garret (38) pada Disember 2018. 

Baca: “I Said Yes!”- Raja Ilya Dedah Status Terkini

Baca: Cantiknya! Raja Ilya Kongsi Gambar Pertama Selepas Bergelar Isteri

Baca: Bahagia Bergelar Isteri, Raja Ilya Sarankan Peminat Kahwin Bila…

Kredit Foto: Instagram @rajailya

Del14