“Saya Minta Maaf, Saya Tak Tahu Buat Video Seperti Itu Salah..” – Dipanggil SKMM Isu Tepuk Punggung, Kak KM Janji Tak Buat Lagi

Baru-baru ini heboh di ruangan media sosial mengenai beberapa pengasas produk kecantikan terkenal tampil berani dalam sebuah video yang memaparkan aksi bertepuk punggung sesama mereka di khalayak ramai.

Video tular tersebut dimuat naik oleh usahawan bernama Liana Rosli atau lebih mesra dikenali sebagai Kak KM di Instagram miliknya telah mengundang cemuhan netizen kerana dianggap tidak ‘bermaruah’

Artikel Berkaitan: “Alhamdulillah Sebab Viral, Itu Menandakan..” – Ini Respons Kak KM Mengenai Isu Tampar Punggung

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Melampau! Hilang Maruah Seorang Wanita..” – Kongsi Aksi Goyang & Tepuk Punggung, Netizen Tegur Kak KM, DSV, Ifa Raziah & Cheta Potpet

Artikel Berkaitan: Kontroversi Founder Tampar B*nt*t, Ini Respons Ifa Raziah & DSV – “Bukan Laki Awak Yang Tampar… Saja Nak Tayang ‘Aset’”

Susulan itu, Kak KM dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Rabu lalu untuk memberi keterangan mengenai video sensasi tersebut.

“Mereka datang ke rumah saya dan kemudiannya telah hadir bagi memberikan keterangan pada hari sama,” ujarnya.

Mengulas lanjut, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri bagaimanapun mengakui tidak tahu video-video yang dikongsikannya selama ini adalah salah.

Dalam pada itu, Kak KM yang menyedari akan kesilapannya itu turut memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan video tersebut serta berjanji akan tidak akan memuat naik konten seperti itu lagi.

“Saya tak tahu video-video yang saya buat selama ini salah. Bila mendapat penjelasan jelas, maka selepas ini tidak ada lagi tindakan sebegitu.

“Saya juga akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang perkongsian di media sosial.

“Saya dengan rendah hati memohon maaf atas kesilapan yang berlaku,” katanya.

Sumber: mStar

Aqilah Paharuzi