Hiburan By: Padin September 7, 2023 @ 8:09pm

“Saya Tak Pernah Jejakkan Kaki Di Kelab Malam” – Nama Terpalit, Hariz Hamdan Nafi Bercium Dengan Aktres Wanita

Aktor baharu, Hariz Hamdan, 21, menafikan dia merupakan pelakon BBNU yang didakwa bercium di kelab malam bersama seorang pelakon wanita.

Hariz yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Hero Remaja 2020 tidak pernah meluangkan masa di premis hiburan seperti kelab malam.

“Bukan saya. Saya tak pernah menjejakkan kaki di kelab malam, apatah lagi bercium dengan sesiapa pun. Jadi, dakwaan itu tidak benar.

“Namun, saya tak nafikan, ada peminat yang menghantar mesej memaklumkan nama saya turut terpalit apabila gosip ini diperkatakan.

“Semalam, ada juga beberapa orang rakan yang berkongsi mengenai gosip terbabit. Mereka menghubungi saya dan bertanyakan adakah saya individu yang dimaksudkan. Saya nafikan perkara terbabit sebab memang bukan saya,” kata pelakon drama bersiri Single Terlalu Lama yang pernah ditayangkan di TV3 itu.

Tambah Hariz, sebagai pendatang baharu, dia seboleh mungkin mahu mengekalkan imej untuk bertahan lama dalam industri seni.

“Saya tak menghakimi sesiapa, mungkin cara orang berhibur berbeza. Secara peribadi, saya lebih gemar menghabiskan masa ‘healing’ menaiki motosikal, kadang-kadang saya ada ke konsert juga.

“Sebagai orang baharu mencari rezeki dalam bidang ini, saya harus kekalkan nama baik. Saya tak mahu sebarang tindak tanduk saya boleh memusnahkan karier, seterusnya memberikan impak buruk terhadap perjalanan seni saya.

“Saya juga menjadi duta untuk beberapa jenama seperti Asics, jadi saya seboleh mungkin mahu menjaga penampilan dan imej agar ia tidak memberikan implikasi negatif kepada sesiapa,” kata pelakon filem Jemputan Ke Neraka itu.

Hariz ditemui di majlis pelancaran Asics Gel-Kayano Legacy di Atmos, Mid Valley Megamall, sebentar tadi.

Kasut Gel-Kayano Legacy mendapat inspirasi daripada reka bentuk Gel-Kayano yang berbeza dan mendapat inspirasi dari peristiwa penting yang mempengaruhi sejarah 30 tahun siri terbabit.

Menampilkan dua jalur warna berbeza yang meraikan ulang tahun ke-30 francais, kasut terbabit boleh didapati di cawangan Atmos.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Nov 2017

Cinta Lokasi Bukan Pilihan Zul Ariffin

Tolak cinta lokasi kenapa ye ? Takut terputus ditengah jalan lagi ke seperti yang sebelum ini

Hiburan Sun, 31 Dec 2017

Dah Jadi Papa, Tahniah Hafiz Suip!

Tahniah buat Hafiz dan isteri. Hadiah tahun baru nampaknya

Hiburan Fri, 7 Dec 2018
Hiburan Fri, 19 Jan 2018

SEBENARNYA LAGU QODY, BUKAN  BLACK!

Namun, terdapat beberapa masalah teknikal ketika lagu OST ini hendak dihantar kepada pihak produksi

Hiburan Thu, 20 Oct 2022

“Shuk Ke Tu?” Netizen Terhibur Dengan Penampilan Shuk Sahar Dalam Live

Selepas terpalit dengan beberapa kontroversi melibatkan rumah tangganya, pelakon dan pelawak, Shuk Sahar kini mula aktif dilaman sosial miliknya. Terbaharu, kemunculan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, dalam siaran langsung di TikTok […]

#ThrowbackXTRA Wed, 31 May 2023
Hiburan Mon, 13 Aug 2018

‘Kilang Untuk Ketawa’ Dah Ada Di Malaysia?

Pengasasnya, Harith Iskander mahu premis ini berkembang sebagai hab pendidikan yang menawarkan bimbingan dalam pengucapan khalayak dan korporat selain membina keyakinan diri anak kecil.

Featured Tue, 29 Nov 2022