Sebak! Nazim Othman Kongsi Gambar Terakhir Bersama Bella

Ternyata khabar mengenai status perceraian pasangan Nazim Othman dan Bella Dally semakin mendapat perhatian peminat-peminat mereka. 

Terbaru, Nazim sekali lagi dilihat memuat naik gambar mereka berdua yang mengatakan kononnya, gambar tersebut telah diambil beberapa jam sebelum kedua-duanya mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Melalui caption yang dimuat naik oleh Nazim, beliau memberitahu gambar tersebut telah diambil sebelum beliau berangkat ke Kota Kinabalu bagi memfailkan perceraian mereka. 

Dan, muatnaik ini sekaligus mengundang rasa sedih rata-rata peminat mereka yang merasakan pasangan ini merupakan pasangan yang secocok.

Apapun, sebagai peminat kita hanya mampu memnghormati keputusan yang telah dibuat oleh kedua-dua pihak. Apa yang penting, diharapkan Nazim Othman dan Bella Dally terus kuat dan bahagia dalam menjalani kehidupan yang akan datang.

 

Artikel Berkaitan : 

Bella Enggan Ulas Punca Cerai, Mahu Move On

Nazim Othman Dan Bella Dally Sah Cerai!

Salma Syahbuddin