Sedondon Biru Atas Pelamin, Letak Hashtag #MamuKenaGari… Sharnaaz Ahmad Dah Bertunang?

Pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi sebuah foto berbaju Melayu lengkap bersama anak lelakinya, Jebat Jayden dan seorang wanita yang mengenakan persalinan sedondon berwarna biru muda.

Menerusi kapysen yang ditulis Sharnaaz, dia memaklumkan bahawa dia telah mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihannya iaitu pelakon baharu, Amelia Christie Lim.

“Maaf bukan lagi duda pilihan anda!!,” tulisnya.

Apa yang menarik perhatian adalah tanda pagar yang digunakan iaitu #SxAeday, #MamuKenaGari dan #DalamHatiAdaTaman.

Walaubagaimanapun, Sharnaaz dilihat telah memadam perkongsian tersebut di Instagramnya selepas beberapa minit kemudian.

Artikel Berkaitan: “Never Fails To Make Me Smile… Thank You Sayang” – Terima Bunga Orkid, Ucapan Sharnaaz Untuk Amelia Curi Tumpuan

Artikel Berkaitan: Sedang Berkawan Rapat Dengan Seorang Wanita, Sharnaaz Ahmad Mengaku Segan Cerita Kisah Peribadi

Artikel Berkaitan: Didakwa ‘Control’ Amelia Christie, Ini Jawapan Padu Sharnaaz Ahmad!

Artikel Berkaitan: Sweetnya! Buat Trend TikTok Bersama, Netizen Titip Pesanan Buat Teman Baharu Sharnaaz Ahmad – “Please Jaga Mamu Untuk Kami”

Atiqah Johari