Farid Kamil Jawab Kenyataan Fitnah Filem Anwar: The Untold Story -“Saya Yakin Ini Adalah Permainan Jahat…”

Pelakon Farid Kamil tampil menjelaskan berhubung kenyataan fitnah mengenai dirinya terhadap filem lakonannya Anwar: The Untold Story yang ditayangkan di pawagam bermula 18 Mei lalu.

Katanya, kenyataan yang tular itu adalah fitnah dan yakin ia adalah permainan jahat golongn yang tidak bertanggungjawab.

“Kenyataan ini adalah FITNAH semata-mata. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti ini dan saya yakin ia adalah permainan jahat golongan yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan perpaduan di kalangan masyarakat,” katanya.

Justeru, dia mendesak pihak berkenaan memohon maaf dengan segera dan memadamkan fitnah tersebut dari terus disebarkan.

“Saya juga mendesak mereka yang membuat perkara ini memohon maaf dengan segera dan memadamkan fitnah ini dari terus disebarkan,” jelasnya.

Perkara itu dikongsi Farid menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya pada Isnin.

 

Terdahulu, kenyataan tersebut tular sehingga menimbulkan persoalan  dalam kalangan netizen.

Bahkan, ada yang berasa kurang senang dengan kenyataan tersebut.

Salma Syahbuddin