Selepas Dedah Kahwin Di Luar Negara, Tash Yong Pilih Tutup Mulut – “Cara Terbaik Adalah Diam”

Selepas mendedahkan telah berkahwin dengan Boss Kay pada Ramadan lalu, pelakon dan pengacara, Tash Yong memilih untuk enggan mengambil pusing dan berdiam diri selepas dibanjiri kecaman susulan pendedahan tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, Tash atau pemilik nama, Nur Natasha Shazlia Rosli mengakui sukar untuk menutup mulut orang dan pendekatan berdiam diri membuatnya tenang serta meneruskan akitiviti harian seperti biasa.

“Saya tak nak ulas apa-apa lagi. Cara yang terbaik sekarang adalah diam, menyepi, berdamai dengan diri sendiri, makan dan tidur,” jelasnya.

Kata Tash, jika dia terus membalas dan menjawab segala kritikan itu atas sebab rasa sakit hati, isu tak akan selesai sebaliknya hanya akan membuka aib.

Sebelum ini, Tash sudah bernikah dengan Boss Kay atau nama sebenarnya Khaireel Azlee Abdul Aziz pada Ramadan lalu di luar negara.

Namun begitu, mereka bakal mengadakan majlis resepsi pada November depan.

Bukan itu sahaja, Tash juga memaklumkan bahawa suaminya itu telah menceraikan isteri pertama dan kedua.

Artikel Berkaitan: Tash Yong, Boss Kay Sudah Berkahwin Ramadan Lalu Di Luar Negara – “Tiada Niat Nak Rahsiakan…”

Artikel Berkaitan: Tunjuk Cincin Dan Inai Dijari, Tash Yong & Boss Kay Mengaku Sudah Bernikah

Artikel Berkaitan: Nafi Sudah Berkahwin Dengan Boss Kay, Tash Yong Enggan Bermadu – “Dia Bukan Suami Orang & Dah Cerai Dengan 2 Isteri”

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari