“Sekarang Dia ‘Berkiblatkan’ Keluarga Sana” – Hati Terluka, Ibu Sedia Maafkan Syamsul Yusof

Ibu kepada pengarah kontroversi Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail mendedahkan sudah lama tidak dihubungi oleh anak selepas dia memaklumkan mengenai pernikahan kedua bersama Ira Kazar tempoh hari.

Menurut Patimah, kini Syamsul seolah-olah lebih menyebelahi keluarga isteri keduanya itu.

“Dia hanya ada WhatsApp beritahu sudah nikah. Sekarang dia ‘berkiblatkan’ keluarga Kazar! Tak tahu apa sudah jadi pada dirinya. Hanya kepada Allah saya berserah,” jelasnya.

Biarpun mengakui terluka dengan tindakan Syamsul yang membelakangkannya, Patimah tetap reda dan bersedia untuk memaafkan anaknya yang juga merupakan suami kepada Puteri Sarah Liyana.

Memetik laporan Harian Metro, Patimah juga masih bertegas untuk tidak memaafkan Ira dan keluarganya yang menjadi perosak kebahagiaan menantu kesayangannya, Sarah sejak empat tahun yang lalu.

“Seorang ibu sentiasa memaafkan anak yang dilahirkannya. Namun saya tidak akan maafkan keluarga Kazar atas perbuatan mereka kepada menantu saya!,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Syamsul Tak Akan Maafkan Kazar Saisi – Patimah Ismail

Kerap menjadi perhatian setiap kali memberi komen mengenai isu ini, Patimah turut menyifatkan apa yang dilakukan itu hanyalah untuk memberi kesedaran kepada perosak rumah tangga.

“Salahkah apa yang saya luahkan? Itu kebenarannya. Kalau salah, makin ramailah perosak rumah tangga orang. Biar Allah hukum mereka-mereka ini,” katanya.

Terdahulu, Yusof Haslam juga pernah menyatakan kekecewaannya terhadap perbuatan Syamsul, namun dia berharap agar anaknya itu lebih bertanggungjawab untuk menyelesaikan segala isu yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bohonglah Kalau Saya Tak Kecewa” – Yusof Haslam Terkilan, Harap Syamsul Lebih Bertanggungjawab

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Berdoa Puteri Sarah Pertimbangkan Keputusan Untuk Cerai…” – Yusof Haslam Harap Syamsul Berubah

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Akan Tunggu Restu Mama & Ayah, Tak Mudah Lihat Tangisan Di Kaca TV” – Syamsul Yusof

ARTIKEL BERKAITAN: “Segala Kemusnahan Sudah Dilakukan Syamsul” – Hubungan Hampir Temui Titik Noktah, Puteri Sarah Tekad Failkan Perceraian

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain