Lucunya! Feeling Menari Lagu ‘Calm Down’, Gelagat Anak Eyra Hazali Buat Peminat Geli Hati

Kerap tampil dengan video yang mencuit hati, kini anak kepada pelakon Eyra Hazali, Hayder Qhalish sekali lagi meraih tumpuan warganet dengan telatahnya yang comel.

Menerusi perkongsian di TikTok, Eyra telah merakam video anak sulungnya itu sedang asyik menari lagu Calm Down yang kini menjadi trend di platform tersebut.

Melihat gelagatnya yang comel ketika menari, perkongsian tersebut telah meraih tawa rata-rata pengikutnya selepas si cilik itu sempat membuat aksi ‘twerk’ dalam tariannya.

@eyrahazali21🤦🏻‍♀️😅😂♬ original sound – Mama Hayder&Endra

Menjengah ke ruangan komen, aksi lucu itu turut dihujani dengan pelbagai respons yang rata-ratanya geram melihat kecomelan Hayder yang bersahaja.

Fatin Nurain