Sekitar Kemeriahan Majlis Malam Berinai Fasha Sandha Dan Aidil Aziz

Bila tengok je gambar ni, nampak sangat pelakon kesayangan ramai Fasha Sandha begitu bahagia disamping jejaka pilihan hatinya, Aidil Aziz.

Jadi, sempena meraikan hari bahagia mereka yang tinggal beberapa hari lagi, Fasha akui ini adalah majlis berinai bertama buatnya dan akan kekal diingati sampai bila-bila memandangkan, sambutan majlis berinai ini jatuh pada hari ulangtahun kelahiran beliau.

Majlis yang berlangsung dengan cukup meriah ini turut dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan juga media.
Dengan memakai busana berwarna unggu, kedua mempelai ini nampaknya begitu cantik dalam persalinan yang bertemakan Melayu Klasik.
Jom, Xtra ‘belanja’ lagi gambar artis  kesayangan korang ni!
Kami di Xtra ingin mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga urusan Fasha dan Aidil dipermudahkan! #tilljannah.
Salma Syahbuddin