Selebriti By: Atiqah Johari September 21, 2023 @ 7:34pm

“Apa Yang Mereka Alami Sama Macam Kami” – Linda Hashim Tumpang Gembira Farid Kamil, Diana Danielle Rujuk Semula

Pelakon Linda Hashim menzahirkan rasa gembira apabila mengulas mengenai keputusan pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle untuk merujuk semula baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Linda berpendapat bahawa keputusan tersebut boleh dicapai apabila masing-masing merendahkan ego.

“Saya sebenarnya gembira apabila baca cerita Farid Kamil dan Diana Danielle kembali rujuk serta bersama. Saya ada beritahu Beego dan dia senyum tanda gembira dengan keputusan mereka.

“Bagi saya, mereka sama-sama buang ego sebenarnya. Kalau ada ego, mereka takkan dapat berbaik semula macam sekarang,” ujarnya.

Linda yang juga sebelum ini melalui keadaan yang sama di mana dia dan suami bercerai talak satu pada Mac lalu namun rujuk semula pada April ketika masih dalam edah.

“Apa yang berlaku kepada mereka sama juga dengan yang kami alami. Kami bercerai sekitar tiga minggu sebelum ambil keputusan rujuk semula.

“Biasanya kes pasangan bercerai babitkan dua benda iaitu orang ketiga dan ego yang tinggi dalam diri. Kalau ego tinggi memang susah nak balik semula.

“Benda itu kena buang dan masing-masing kena ada kesedaran dan ambil sebagai pengajaran. Sebab tak semua orang nak bercerai dalam rumah tangga,” jelasnya.

Walaubagaimanapun, Linda percaya bahawa apa yang berlaku adalah ketetapan Allah dan perlu akur dengan aturanNya.

“Mungkin masing-masing dah tak tahu nak bua tapa dan ego yang tinggi, akhirnya buat keputusan nak cerai. Tapi sebenarnya masalah biasa saja. Masalah sebenarnya ialah ego dalam diri masing-masing.

“Saya pernah berbual dengan orang mahkamah juga sebelum ini. Katanya, cerai ini sebab itu ada rujuknya. Kadang-kadang yang banyak minta cerai adalah isteri.

“Mereka minta cerai atas tujuan bukan nak putus. Tiada orang yang nak bercerai. Ada kebanyakan orang bercerai sebab nak ajar suaminya. Maksudnya bagi pengajaran,” kata Linda lagi.

Dalam pada itu, Linda juga menyatakan penceraian yang berlaku sebelum ini adalah pengajaran buat mereka.

“Saya ada beritahu mentua saya dan semuanya tapi mereka tak faham. Inilah pengajaran. Kita asyik bergaduh depan anak-anak dan ia sesuatu yang tak bagus.

“Penyelesaiannya, kita kena bagi pengajaran pada diri masing-masing. Kalau tak, kami takkan sedar. Itu yang kami pergi mahkamah. Mereka yang betul-betul nak bercerai itu kerana ada orang ketiga.

“Jadi saya nampak perceraian pasangan ini seakan sama macam kami. Itu sebab masa orang temubual kami, saya dan Beego banyak mendoakan pasangan yang dalam proses nak bercerai fikir baik-baik dan kalau bercerai pun, gunakan proses dalam edah itu untuk fikir sebaiknya,” kongsinya.

Untuk rekod, Linda dan Beego telah berkahwin pada 7 Jun 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang puteri iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8 dan Indah Camelia, 4.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 9 Jan 2018

Stor Apple Bertukar Kecoh Apabila Bateri IPhone Meletup

Angkara sebiji bateri Iphone meletup, kecoh satu kedai dibuatnya! Kejadian berlaku di sebuah stor Apple di Zurich dimana…

Featured Wed, 24 Apr 2024
Cahaya Mata Sun, 11 Sep 2022
Events Sun, 3 Mar 2019

Undian Bintang Bersama Bintang Di Sini!

Undian BBB2019 hanya di xtra.com.my!

Trending Tue, 3 Mar 2020
Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Bila Ke Panggung Wayang, Jangan PULANG Selagi…

Esok, filem Pulang bakal mula dipertontonkan kepada orang ramai. Karya hebat tulisan Mira Mustaffa ini pasti membuatkan anda tidak mahu berganjak daripada kerusi penonton. Kalau tak percaya, beli tiket esok! Team xtra.com berpeluang menghadiri majlis […]

Acara Fri, 10 Feb 2023
Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Ziana Zain Mengaku Tak Pernah Dikasari Fizikal Tapi…

Sebagai isteri, kalau boleh saya mahu selamatkan rumah tangga tetapi kalau Tuhan berkata Kun Faya Kun terhadap sesuatu perkara, maka jadilah ia… Tabah ya Kak Ziana, Insha Allah ada pengakhiran terbaik!