Categories: SelebritiTrending

Baik Dengan Puteri Sarah & Keluarga, Yusof Haslam Tegas Hubungan Takkan Berakhir – “Ukhwah Kekal Hingga Akhir Hayat”

Penerbit, Datuk Yusof Haslam memaklumkan bahawa hubungannya dengan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin akan berkekalan selamanya walaupun anaknya, pengarah Syamsul Yusof telah bercerai dengan menantunya itu.

Memetik laporan Harian Metro, Yusof juga menegaskan bahawa dia dan isterinya, Datin Patimah Ismail turut mempunyai hubungan yang baik dengan kedua ibu bapa Sarah.

“Hubungan keluarga saya dan keluarga Puteri Sarah tak akan pernah berakhir. Ukhuwah yang terjalin itu akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Bahkan sehingga ke hari ini, hubungan saya dan besan juga baik-baik saja dan ada masa kami akan keluar makan bersama. Tiada apa yang berubah pun.

“Biarpun anak-anak kami sudah berpisah namun tidak wujud jurang antara kami. Apatah lagi, kehadiran cucu juga mengeratkan lagi hubungan kami,” katanya.

Namun begitu, Yusof memberitahu bahawa dia dan isteri terbuka jika menantunya itu memilih untuk mendirikan rumah tangga pada masa akan datang.

“Bagi saya itu jodoh dia. Kalau Syamsul pun ada jodoh dia (yang lain), Sarah juga ada jodoh dia. Apa yang berlaku semuanya adalah ketentuan Allah SWT.

“Kami reda dan kita bukanlah nak buang Sarah kalau dia kahwin lain ke, tidak. Dia pun masih boleh beraya bersama kami,” ujarnya kepada Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari