Categories: Cahaya MataTrending

Gender Reveal! Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza Bakal Timang ‘Baby Girl’

Umum mengetahui, pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza bakal menimang anak kedua tidak lama lagi.

Terbaharu, menerusi perkongsian ibu Zahirah iaitu Maslinda Yusoff, pasangan tersebut mengadakan majlis ‘gender reveal’ di kediaman mereka hari ini.

Menerusi video yang dimuat naik, Zahirah dan Aiman bakal menimang anak perempuan.

“Gender reveal! It’s a GIRLLL,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Pada Disember tahun lalu, Zahirah telah berkongsi berita gembira memaklumkan bahawa dia kini sedang hamil anak kedua.

Artikel Berkaitan: Tahniah! Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Artikel Berkaitan: Zahirah Macwilson Kongsi Alahan Ketika Hamil Anak Kedua – “Ni Barulah Ada Selera Nak Makan Nasi”

Untuk rekod, Zahirah dan Aiman berkahwin pada 8 Jun 2019.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Isaac Raees yang kini berusia tiga tahun.

Atiqah Johari