Dikritik Tak Ada Rasa Simpati Terhadap Individu Akibat Dilabel ‘Geng Secondhand’, Puteri Sarah Nafi Kejam – “Saya Nak Bagi Pengajaran”

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana menafikan dirinya adalah seorang yang kejam gara-gara tidak berpuas hati terhadap seorang individu yang melabelnya geng secondhand baru-baru ini.

Menerusi platform X, ada segelintir netizen yang berkata tindakan Puteri Sarah mencari tempat pekerjaan individu tidak wajar kerana seakan menutup punca pendapatan individu tersebut.

Namun begitu, ada juga sesetengah netizen yang menyokong perbuatan aktres drama Suri Hati itu kerana individu berkenaan sering meninggalkan komen negatif terhadap pengguna media sosial lain.

Susulan itu, Puteri Sarah tampil bersuara setelah dianggap tiada simpati dengan mengatakan dia hanya mahu memberi pengajaran terhadap individu yang tidak henti mengutuk itu.

“Saya bukanlah kejam.. Tapi tiba-tiba masuk komen dan menghina non stop.

“Ehh apa masalah kau? Dan rupanya dia menghina ramai orang lagi. Ini je pengajaran dia,” tulisnya.

Sebelum ini, Puteri Sarah berkongsi foto dan profiil lelaki tersebut di media sosial selepas dia meninggalkan komen geng secondhand kepada aktres ini dan rakan artis, Bella Astillah.

Malah, Puteri Sarah juga mendedahkan lelaki sama merupakan individu yang kerap menghantar mesej peribadi (DM) berbaur hinaan di media sosial

Artikel Berkaitan: Dihina ‘Secondhand’, Puteri Sarah Bidas Individu Lelaki Mulut Celupar! – “Jantan Takdak Tel*q”

Aqilah Paharuzi