Selebriti By: Atiqah Johari March 11, 2024 @ 10:41am

Belum Beri Sebarang Kenyataan, Ruhainies Tegaskan Situasi Dengan Aliff Aziz Bukan ‘Tangkap Basah’

Pelakon kontroversi, Ruhainies meminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi mahupun provokasi mengenai isu panas yang melibatkan dirinya dengan pelakon Aliff Aziz.

Menerusi hantarannya di InstaStory, Ruhainies menafikan bahawa dia ditangkap basah bersama Aliff Aziz.

Malah, dia meminta orang ramai untuk tidak membuat andaian sendiri sehingga dirinya mengeluarkan kenyataan rasmi.

“Salam, ingin saya perbetulkan di sini, hati-hati dengan penulisan tajuk atau isi di dalam content supaya tidak menimbulkan spekulasi yang lebih buruk yang mengelirukan dan mengeruhkan lagi keadaan. Ia nya sama sekali “bukan tangkap basah”.

“Sehingga kini saya masih belum berikan apa apa kenyataan. Dan segala apa yang dikeluarkan di media bukanlah statement dari saya dan ianya tidak tepat.

“Saya mohon supaya media tidak menulis apa apa yang boleh mengundang provokasi atau pun fitnah sehingga saya mengeluarkan kenyataan rasmi dari saya sendiri. Saya mohon kerjasama semua pihak supaya lebih berhati hati dan lebih bertanggungjawab,” tulisnya.

Ruhainies

Pada Sabtu lalu, industri hiburan digemparkan dengan berita bahawa Ruhainies dan Aliff Aziz ditangkap khalwat kerana bersekedudukan di dalam sebuah kondominium mewah.

Artikel Berkaitan: Pernah Dakwa Sophia Albarakbah Perosak Industri, Netizen Sifatkan Kata-Kata Ruhainies Makan Diri Sendiri

Artikel Berkaitan: Kekal Tenang Selepas Kena Tangkap Basah, Ruhainies Mohon Berhenti Buat Spekulasi – “Ada Beberapa Kenyataan Yang Kurang Tepat”

Artikel Berkaitan: Kongsi Video Dengan Sejambak Bunga, Ruhainies Kekal Tenang… Netizen Pula Yang Panas Hati!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Apr 2019
Hiburan Fri, 16 Aug 2019
Featured Tue, 29 Nov 2022
Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Hiburan Thu, 3 Aug 2023

Mawar Rashid Dedah Emosi Terganggu, Menangis Ketakutan Macam Nak Gila – “Ada Sesuatu Yang Trigger Saya Sampai…”

Allahu macam mana boleh jadi macam tu? Semoga yang baik-baik buat Mawar & keluarga

Hiburan Fri, 23 Mar 2018

Video Muzik Di Matamu Sufian Suhaimi Buat Netizen Sebak!

Muzik video yang baru sahaja dilancarkan pada 23 Mac, pada jam 9 pagi tadi berjaya menjadi trending pada kedudukan nombor 11 dan telah mendapat 608,052 jumlah tontonan di Youtube

Hiburan Thu, 22 Nov 2018

Comelnya Ummi Nazeera Dengan Suami! Siapa Lagi Masih Macam Dorang Ni?

Hanya kerana sakit memakai heels, siap digendong sewaktu keluar dari panggung wayang