Categories: SelebritiTrending

Dihina ‘Secondhand’, Puteri Sarah Bidas Individu Lelaki Mulut Celupar! – “Jantan Takdak Tel*q”

Pelakon dan usahawan jelita, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik sebuah ciapan meluahkan rasa bengang terhadap individu lelaki.

Menerusi perkongsiannya di aplikasi X, Sarah mendedahkan individu lelaki tersebut menggelarnya dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah ‘secondhand’ selepas memuat naik foto bersama.

“Geng secondhand ke ni,” komen lelaki itu.

Tidak berdiam diri, Sarah tampil bersuara dan membidas semula dengan mendedahkan akaun individu tersebut.

Difahamkan lagi, selepas insiden itu lelaki tersebut telah menyekatnya di media sosial.

“Ni lah nama IG dia – smafiq. Kemain kau komen hina aku dengan @BellaAstillah . Kat sini pengecut pulak.

“Actually banyak je jantan sakit mental penuh kat komen IG tu. Tapi yang ni do not know how to stop. @afiqazni kenapa block aku?,” balasnya.

Menjengah di ruangan komen, ramai warganet mendedahkan individu lelaki tersebut sering mencari masalah di media sosial.

Malah, ada yang mencadangkan selebriti itu untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan: Sebak! Puteri Sarah Kongsi Coretan Buat Bella Astillah – “Lepaskan Yang Telah Menyakitimu, Setiap Sabar Ada Hal Indah Menantimu”

Artikel Berkaitan: Individu Wanita Pertikai Tindakan Puteri Sarah Jadi ‘Tempat’ Mengadu Bella Astillah,  Patimah Ismail Tampil Back Up – “So What?”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Harap Netizen Doakan Untuk Bella Astilah – “Dia Masih Tak Boleh Terima, Tak Tidur, Kurus Sangat…”

Atiqah Johari