Categories: SelebritiTrending

“Ramai Sampai Sanggup Fitnah” – Rumah Tangga Didakwa Goyah, Faye Kusairi Kongsi Foto Dengan Suami Tutup Mulut Netizen

Pelakon Faye Kusairi akui jarang berkongsi foto bersama suaminya di media sosial.

Namun, dia berasa kesal apabila ramai yang sanggup memfitnah mengenai rumah tangganya.

Susulan itu, Faye memuat naik sekeping foto bersama suaminya bagi meleraikan segala spekulasi dan timbul fitnah.

“Terpaksalah upload gambar bersama suami.. ramai sangat risau pasal rumahtangga aku ni ha sampai sanggup memfitnah. Relax gais, aku ni memang sejenis kurang minat nak share apa2 sejak2 dah berusia ni.

“Aku berniaga Nasi Ayam tepi jalan pun kena fitnah macam2.. aku tak upload gambar dengan suami pun kena fitnah macam2. Aku shooting ke tak shooting pun kena fitnah. Apoo….. Jujur cakaap kan, sikap aneh2 gini lah asbab aku ni makin malas nak upload atau layan sangat socmed ni sebenarnya. Penat.. macam tak fun pun ada dah,” luahnya.

Dalam pada itu, pelakon drama My Lovely Driver ini menasihati warganet untuk tidak masuk campur hal peribadi orang lain.

“Jagalah tepi kain sendiri, bertutur dan berpendapatlah benda benda yang positif dan punya manfaat. You should be living your life, so just focus on making yours a better one rather than comparing others and sticking your nose in other people’s life.

” Harap harap yang baca ni sudilah terima nasihat aku yg tak seberapa ni ha… Btw, Nasi Ayam Bukit antarabangsa buka next week ya gais. Kita sambung shooting mulai esok. Minggu depan, kita dah free & easy. Kita sambung berniaga. Onz tak ons??,” tulisnya.

Untuk rekod, Faye berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 April 2017.

Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak.

Artikel Berkaitan: Faye Kusairi Nafi Berniaga Nasi Ayam Akibat Tak Ada ‘Job’ – “Biasalah Orang Lebih Suka Fikir Negatif Tanpa Berfikir”

Atiqah Johari